Connect with us

Berita Lain

Dulu Bina Putrajaya Tak Pakai GST, Rakyat Senang – Guan Eng


SHAH ALAM – Rakyat di
negara ini didakwa akan terus menderita nasibnya seandainya BN kekal memerintah
negara ini.
Setiausaha Agung DAP, Lim
Guan Eng berkata, pemerintahan BN kini acapkali dilihat memperkenalkan dasar
yang membebankan rakyat.
“Lihatlah bagaimana
pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang mana sebelum ini tidak
perlu diwujudkan.
“Sedangkan Malaysia
sebelum ini sebagai sebuah negara yang kaya mampu membekalkan rakyatnya dengan
makan minum, membangunkan sekolah dan kemudahan awam, malah membina Putrajaya
tanpa perlu ada GST,” katanya ketika memberi ucapan pada Kongres Khas DAP
2017 di IDCC, di sini, hari ini.
Dalam pada itu, katanya,
sekarang pula wujud krisis tersembunyi yang bakal membebankan negara.
“Walaupun ia jelas
dan terang kepada semua orang, hanya BN yang masih enggan mengakui masalah
besar ini,” katanya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Dalam pada itu katanya,
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak didakwa tidak mempunyai strategi
pertumbuhan untuk generasi akan datang.
“Sehinggakan GLC dan
GLIC turut mencari pelaburan di luar Malaysia kerana menganggap pulangan
pelaburan atau ROI di Malaysia terlalu rendah.
“Malah, keputusan
melabur di negara asing dibuat selepas GLC ditawarkan dengan pelbagai faedah,
insentif, keutamaan dan keistimewaan dalam pasaran Malaysia dan himpitan keluar
atau crowding out modal swasta tempatan,” katanya.
Dalam pada itu, katanya
semakin ramai rakyat Malaysia terpaksa bekerja di luar negara untuk mencari
nafkah tambahan.
Katanya lagi,dan semakin
banyak pekerja asing yang tidak mahir, sama ada yang sah atau tidak, diimport
ke Malaysia di bawah pentadbiran (Datuk Seri) Najib (Tun Razak).
Justeru katanya, keadaan
ini menjejaskan peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia, dan mengakibatkan
kebekuan gaji.
Katanya lagi, untuk
Malaysia berkembang maju, kita perlu mengutamakan rakyat Malaysia.

“Matlamat ekonomi
negara adalah untuk memenuhi keperluan dan aspirasi rakyat Malaysia, dan
bukannya menjaga kepentingan GLC, kroni-kroni kaya-raya atau spekulator
asing,” katanya.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel