Connect with us

Berita Lain

Faktor Tun Mahathir Diyakini Kukuhkan Pakatan Harapan

Kepimpinan un Dr Mahathir Mohamad amat dihargai dalam Harapan terutama untuk menarik sokongan pengundi Melayu. – Foto: The Malay Mail

KEMASUKAN bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad
sebagai seorang pemimpin dalam Pakatan Harapan dilihat telah mengukuhkan
pakatan pembangkang itu setelah ketiadaan Pas.
Menurut penganalisis politik, Dr Phoon Wing Keong,
kepimpinan bekas perdana menteri sudah tentu amat dihargai dalam Harapan,
lebih-lebih lagi bagi menarik sokongan pengundi Melayu.
“Sekiranya Mahathir tidak tubuhkan Bersatu dan
menyertai Harapan, kemungkinan Harapan amat lemah pada hari ini.
“Pada 2015, Pas meninggalkan Pakatan Rakyat sehingga
menyebabkan parti-parti pembangkang dilihat kehilangan tenaga.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Bagaimanapun, penubuhan Bersatu pada 2016 dan
menyertai  Harapan pada tahun ini
telah  kembali memberikan semangat baharu
kepada parti-parti pembangkang yang lain,” katanya seperti dipetik dalam
Oriental Daily.
Menurut Wing Keong, dengan kewibawaan yang ada pada
Mahathir, beliau meramalkan sekurang-kurangnya lima peratus undi Melayu akan
diberikan kepada Bersatu pada PRU14.
“Secara keseluruhannya, Mahathir dan Bersatu mampu
mengubah situasi dalam PRU14 dan menguntungkan Harapan.
“Walaupun beliau sudah berusia 92 tahun, tetapi
penampilan amat diperlukan,” katanya.

Beliau turut meramalkan punca Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak menangguhkan PRU14 yang sepatutnya diadakan tahun ini
disebabkan oleh faktor Mahathir.

– Sinar Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel