Connect with us

Berita Lain

[FOTO] Khai Bahar Tersentuh Bersama Pelarian Syria


PELUANG bersemuka dan bermesra dengan anak-anak pelarian
Syria di Istanbul, Turki memberi kesan mendalam kepada penyanyi yang sedang
melonjak naik, Khai Bahar.

Sepanjang empat hari bersama Program Kembara dan Kemanusiaan
Syria Care, penyanyi lagu Bayang ini tidak melepaskan peluang menyertai setiap
program bersama anak-anak pelarian Syria di negara itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Menurut pemuda berusia 23 tahun ini, ada ketika air matanya
hampir tumpah melihat penderitaan yang terpaksa ditanggung kanak-kanak pelarian
Syria.

Dia yang berkelana di Istanbul sebelum menunaikan ibadat
umrah,  sebelum itu bersama Ustaz Azadan
Rabbani dan penyampai radio  Ikim, Sufian
Amrin menyertai beberapa program yang dianjurkan Syria Care termasuk beramah
mesra dengan anak yatim dan mengunjungi sekolah tajaan NGO itu.

“Khai bersyukur sebab dapat belajar sikit demi sikit,
macam hari tu dekat Istanbul, pertama kali jugalah Khai melihat anak anak Syria
dan agak tersentuh jugalah tapi kita lelaki kena tahan sikitlah,”
ceritanya.

Khai yang turut disertai ibu-bapanya dalam rombongan
berkenaan mengakui masih banyak yang perlu dipelajari bagi melengkapkan ilmu di
dada dan program kemanusiaan kali ini adalah yang pertama kali dalam hidupnya.

Ulasnya, status dia sebagai artis memberi kelebihan kerana
peluang yang ada dapat  dimanfaat dan
akan digunakan sebaik mungkin termasuk berkongsi bersama peminat di laman
sosial.



Sejujurnya, penyanyi lagu Bayang ini mengakui dirinya masih
baru dalam serba-serbi termasuk membabitkan kerja-kerja program kemanusian.

“Ilmu tidak tinggi sangat. Khai baru nak belajar”,
katanya dengan nada rendah diri.

Selain beramah mesra dengan anak yatim, Khai atau nama
asalnya Muhammad Khairul Baharuddin turut melawat beberapa buah sekolah tajaan
Syria Care, termasuk Maahad al Fateh dan Madrasah Hadharah.



Khai mengecap populariti mendadak selepas memenangi trofi
Artis Baharu MeleTop 2017 dan diledakkan lagi dengan kemenangan dua trofi
selaku Artis Baharu Popular dan Penyanyi Lelaki Popular.
Kedudukan itu dikukuhkan lagi selepas dia berjaya memasuki
Anugerah Juara Lagu Ke 32 (AJL 32) yang akan berlangsing Februari depan.

– mStar Online

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel