Connect with us

Berita Lain

Gaji Penjawat Awam Dibayar 2 Kali Sebulan, Tidak Benar


Dakwaan kononnya kerajaan bakal melaksanakan amalan
pembayaran gaji dua kali sebulan secara rintis kepada penjawat awam dalam
tempoh terdekat adalah tidak benar.
Kementerian Kewangan Malaysia dalam kemaskini di laman
Twitter berkata, maklumat itu yang tular di laman sosial membabitkan
pelaksanaan rintis yang diumum oleh Kementerian Kewangan Brunei, melibatkan
penjawat awam di negara itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kementerian Kewangan Malaysia ingin memaklumkan bahawa isu
yang menular di media sosial berkenaan Pembayaran Gaji 2 Kali Sebulan Secara
Rintis adalah palsu.
“Taklimat tersebut adalah daripada pihak Kementerian
Kewangan Brunei Darussalam,” demikian menurut kementerian kewangan, pada
Selasa.


Terdahulu, sebuah portal ‘secara eksklusif’ melaporkan
bahawa gaji penjawat awam dijangka akan mengamalkan langkah pembayaran gaji dua
kali sebulan dalam masa terdekat.
Menurut portal tersebut, langkah itu perlu bagi membantu
penjawat awam menguruskan perbelanjaan harian individu dan aliran tunai isi
rumah ekoran kesan dari kenaikan bahan api yang semakin meningkat.
Berdasarkan gambar slide yang tersebar, sebanyak enam
perkara dijelaskan melalui pengenalan kaedah tersebut.
Memetik portal Pelita Brunei, inisiatif pembayaran gaji dua
kali sebulan yang akan mula diperkenalkan secara rintis mulai Januari 2018 ini
melibatkan kira-kira 13,000 warga Perkhidmatan Awam dari Jabatan Perdana
Menteri (JPM) dan Kementerian Kewangan serta jabatan-jabatan di bawahnya.

Sementara di Malaysia, difahamkan bekas Perdana Menteri Tun
Abdullah Ahmad Badawi pernah mencadangkan pelaksanaan gaji dua kali sebulan
kepada kakitangan kerajaan pada Jun 2008, namun ia gagal dilaksanakan susulan
tidak mendapat persetujuan daripada pelbagai pihak termasuk Kongres Kesatuan
Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), yang berpendapat cadangan tersebut
tidak membantu meringankan beban kakitangan awam.
– Malaysian Digest

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel