Connect with us

Berita Lain

Guru Tadika Ditahan Dipercayai Tampar Murid


KAJANG: Polis menahan seorang guru tadika selepas dipercayai
menampar seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun di sebuah tadika di
Sungai Jelok di sini, semalam.
Wanita berusia 19 tahun itu yang ditahan pada jam 8.30 malam
tadi di Jalan Cempaka Putih, dikatakan menampar bahagian kiri muka dan kanan
mangsa sehingga menyebabkan kecederaan.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Dzaffir Mohd
Yussof, berkata siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 7 malam
Selasa lalu di tadika berkenaan, lapor BH Online.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Mangsa mengalami lebam dan luka di kedua-dua pipi.
Guru besar tadika itu memaklumkan kepada bapa mangsa, perkara itu berlaku
kerana kanak-kanak berkenaan tidak mahu menulis,” katanya dalam satu
kenyataan hari ini.
Dzaffir berkata, bapa mangsa membawa kanak-kanak itu ke
Hospital Kajang dan pemeriksaan awal doktor mendapati ada kesan kecederaan pada
tisu di kedua-dua belah pipi dan telinga mangsa.
“Kanak-kanak berkenaan kini tidak mahu ke tadika kerana
trauma dengan kejadian itu,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001
dan jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau
dipenjarakan tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel