Connect with us

Berita Lain

Hindraf Mahu Bertanding PRU14 Atas Tiket Pakatan

Tun Dr Mahathir Mohamad bersalaman dengan P. Waythamoorthy
di Putrajaya baru-baru ini. Turut sama ialah Datuk Zaid Ibrahim dan Tan Sri Sanusi
Junid. – Foto: FMT


SEREMBAN: Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) akan
berunding dengan Pakatan Harapan (PH) untuk bertanding pada pilihan raya umum
ke-14 (PRU14) menggunakan logo gabungan pembangkang itu.

Pengerusinya, P Waythamoorthy juga berharap PH akan
memberikan sesetengah kerusi yang tidak boleh dimenangi mereka kepada kumpulan
hak asasi India itu.

“Kerusi yang mereka kalah sebelum ini, yang mereka tak boleh
(menang)…berikan kami peluang kerana itu akan berikan signal kepada akar umbi
India, kita akan menjadi wakil dalam Pakatan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Di mana-mana saya pergi, mereka tanya saya, PPBM adalah
parti berasaskan Melayu, Amanah parti Melayu Muslim, PKR dan DAP adalah parti
pelbagai kaum, tetapi mereka tak mampu untuk mengambil hati masyarakat India
bawahan,” katanya kepada FMT malam tadi selepas sambutan ulang tahun ke-10
Perhimpunan Aman Hindraf.

Waythamoorthy berkata, Hindraf sudah menghantar permohonan
untuk mendaftar sebagai sebuah parti, tetapi beliau menjangkakan ia tidak akan
diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).

Oleh itu, beliau berharap dapat bertanding atas tiket PH
bagi mewakili golongan akar umbi India di kerusi Parlimen dan Dewan Undangan
Negeri (DUN).

“Masyarakat India bawahan ini di samping menghormati
pemimpin India dalam Pakatan, mereka juga mahukan Hindraf mewakili mereka di
Parlimen dan DUN.”

Pada 17 Ogos lalu, Waythamoorthy menemui Pengerusi PH, Tun
Dr Mahathir Mohamad bagi menyuarakan hasrat Hindraf menyertai atau bersekutu
dengan 4 parti pembangkang itu.

Pertemuan bekas perdana menteri dengan Waythamoorthy dilihat
sebagai pengiktirafan negarawan itu terhadap pengaruh Hindraf, menjelang PRU14
yang bakal menyaksikan BN berdepan cabaran paling sengit.

Dr Mahathir turut mengakui pengaruh Hindraf mampu
memperkasakan jentera PH kerana sokongan pengundi India kepada pembangkang
adalah kritikal.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Hindraf merupakan pergerakan kaum India yang terkenal dengan
protes besar-besaran beberapa bulan menjelang PRU 2008, yang menyaksikan
kekalahan besar Barisan Nasional (BN) dan peralihan sokongan India kepada
pembangkang di kerusi majoriti kaum itu.

Pada PRU 2013, Waythamoorthy dilantik senator oleh
pentadbiran Datuk Seri Najib Razak dengan jawatan timbalan menteri di Jabatan
Perdana Menteri, susulan persefahaman dengan BN untuk menjaga kepentingan kaum
India.
Waythamoorthy bagaimanapun meletak jawatan daripada Kabinet
kurang setahun kemudian kerana mendakwa BN gagal menunaikan janji dalam
persefahaman yang dimeterai semasa kempen PRU.



FMT

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel