Connect with us

Berita Lain

Hotel Anti-Muslimah Di Kuantan Larang Pelanggan Hijab


PUTRAJAYA – Sebelum ini netizen bukan Muslim kecoh isu
kontroversi kedai dobi ‘mesra Muslim’ di Muar sehingga tular dan diarahkan
tutup oleh Sultan Johor sendiri jika masih degil beroperasi.
Kes itu dapat perhatian umat Islam yang simpati dengan
pengusaha premis tersebut waima ia jelas tidak menyalahi peraturan pihak
berkuasa tempatan serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan.
Ia turut terima sokongan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul
Hamid Mohamad meskipun seorang pendakwah terkenal, Ustaz Zamihan Mat Zin
ditahan polis di bawah Akta Hasutan kerana kritik pandangan Sultan Johor itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Begitulah kuatnya pengaruh golongan bukan Muslim di negara
ini meskipun yang menjadi penduduk majoriti ialah orang Islam apabila terpaksa
pula mengalah bertolak ansur demi memelihara keharmonian masyarakat majmuk.
Walhal amalan itu bukan asing di Malaysia kerana premis
pertaruhan nombor judi dan kedai jualan minuman keras pun larang pelanggan
Muslim untuk masuk berurusan serta tidak pernah menjadi bahan polemik sejak
sekian lama.
Malahan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) turut
menyifatkan isu kedai itu bukan besar pun berbanding tindakan segelintir
majikan bukan Islam sengaja diskriminasi pekerja Muslim termasuk dalam soal
ibadah fardu.
Terbaharu, sebuah hotel terkenal di Kuantan, Pahang
mencetuskan kemarahan umat Islam apabila bertindak biadab melarang wanita
Muslimah yang berhijab untuk menggunakan kemudahan kolam renang di premis
berkenaan.
Isu ini didedahkan portal Menara.my yang memetik kekesalan
Presiden International Women’s Alliance for Family Institution and Quality
Education (WAFIQ), Prof Madya Dr. Rafidah Hanim Mokhtar menerusi akaun
Facebooknya.
“Saya menyeru pihak berkuasa, Majlis Raja-Raja, pihak
perhotelan Malaysia memandang serius perkara ini dan memastikan tiada hotel
lain yang menggunakan papan tanda bersimbol yang mengelirukan sebegini,” rayu
beliau.
Mengulas isu larangan pemakaian burkini untuk Muslimah
berenang di kolam renang hotel itu, Rafidah Hanim menzahirkan kebimbangan
kerana ia jelas merupakan diskriminasi terhadap wanita Islam untuk menutup
aurat.
“Papan tanda ini adalah satu bentuk diskriminasi kepada
Muslimah guna kemudahan kolam renang. Larangan ini juga bermakna anak Muslim
terhalang mandi di kolam renang kerana ibu mereka tidak dapat memantau
efektif.”
Beliau turut bimbang larangan tersebut boleh jejas perpaduan
kaum di negara ini kerana simbol digunakan itu ialah tanda spesifik merujuk
Muslimah menutup aurat padahal amalan beragama juga adalah hak asasi setiap
manusia.

Untuk rekod, larangan hijab dilaksanakan di beberapa negara
Eropah yang sering mendakwa menjunjung prinsip kebebasan bersuara tetapi tidak
untuk umat Islam konon atas faktor keselamatan. 

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel