Connect with us

Berita Lain

Isu GST Terus ‘Panas’ Di Dewan Rakyat


KUALA LUMPUR – Isu cukai barang dan perkhidmatan (GST) terus
hangat dibahaskan dalam sesi penggulungan perbahasan Bajet 2018 di Dewan Rakyat
hari ini.
Sesi penggulungan itu disampaikan menteri Kewangan II, Datuk
Seri Johari Abdul Ghani dan mendapat pelbagai respons daripada barisan ahli
Parlimen terutama pembangkang.
Dr Siti Mariah Mahmud (Amanah-Kota Raja) meminta menteri
kewangan nyatakan adakah GST telah menyebabkan ramai peniaga ‘bungkus’, Johari
menjawab ia hanyalah strategi pemasaran.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Peniaga ini bergantung kepada ‘volume’ bisnes mereka.
Contoh perniagaan tudung, upah jahit di Indonesia jauh lebih murah berbanding
di Malaysia.
“Satu lagi, kebanyakan peniaga yang bawa barang dari
luar negara pada kuantiti yang banyak.
Kalau ada yang tutup, sebenarnya mereka tak dapat nak
bersaing dengan pasaran sedia ada,” katanya.
Menarik perhatian juga apabila, Wong Chen (PKR-Kelana Jaya)
menyoal adakah pembelian kapal layar dan jet peribadi turut dikenakan GST,
Johari berkata, tiada pengecualian terhadap perkara tersebut.
“Orang beli kapal layar peribadi, kena bayar GST juga.
Tetapi, pembelian pesawat komersial Malaysia Airline, Airasia dan Malindo Air
dikecualikan GST,” ujar beliau.
Menjawab soalan Julian Tan Kok Ping (DAP- Stampin) berkaitan
tempahan 32 pesawat yang diumum Datuk Seri Najib Tun Razak, Johari berkata,
perkara itu belum diputuskan memandangkan pesawat berkenaan masih belum sampai
ke Malaysia.
“Kalau pesawat itu sampai, dan ia digunakan sebagai
pesawat komersial, ia dapatlah pengecualian kerana ia untuk tarikan
pelancong,” katanya.
Sementara itu, Johari turut menjelaskan GST tidak boleh
dimansuh kerana ia terbukti lebih bagus dari cukai jualan dan perkhidmatan
(SST) yang pernah diamalkan sebelum ini.
“Sebanyak 174 negara yang sudah amalkan GST. Masa SST
dulu, semua bayar cukai, tapi kerajaan tak boleh nak semak, bila ada GST,
mereka daftar dan kerajaan dapat kesan sebarang transaksi.
“Adalah menjadi peranan semua YB untuk melaporkan
kepada saya jika mendapati ada syarikat yang menipu,” katanya.
Dewan Rakyat juga gamat apabila Rafizi Ramli (PKR-Pandan)
mencelah mengenai jawapan Jojari yang disifatkan tidak tepat.
“Jawapan menteri bertukar-tukar, tak tahu mana yang
betul. Kejap kata syarikat kena daftar, kemudian kata tidak,” ujarnya.
Memandangkan sesi perbahasan isu GST ini berlanjutan,
Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia terpaksa menolak soalan
mengenai perkara itu memandangkan ia dibahas terlalu lama.

Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Mohktar Radin
turut diminta duduk ketika ingin mengajukan soalan.

– Sinar Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel