Connect with us

Berita Lain

JDT Umum Semua Duit Kemenangan Piala Malaysia Disumbangkan Kepada Mangsa Banjir Pulau Pinang


KUALA LUMPUR: Pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT)
membuat keputusan memberikan wang kemenangan yang dimenangi mereka selepas
muncul juara Piala Malaysia Sabtu lalu kepada mangsa bencana banjir di Pulau
Pinang.
Perkara itu diumumkan oleh Presiden Kelab Bola Sepak JDT
Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim hari ini dalam kenyataan dimuat naik di laman
Facebook Johor Southern Tigers (JST).

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Katanya, keputusan tersebut dibuat atas titah Tunku Mahkota
Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang mana ia merupakan antara polisi
kelab tersebut untuk memberi bantuan dan sumbangan kepada yang memerlukan
sepertimana sebelum ini kepada mangsa bencana banjir di Pahang dan Kelantan
serta mangsa bencana gempa bumi di Sabah.
“Banyak bantuan yang telah kami berikan kepada kerajaan
negeri dan JDT akan terus melakukan perkara yang sama.
“Kelab JDT dan para pemain telah membuat keputusan untuk
memberi duit kemenangan Piala Malaysia yang kami menangi kepada mangsa bencana
banjir di Pulau Pinang,” demikian menurut Tunku Tun Aminah dalam kenyataan
tersebut.

Bagaimanapun, jumlah sumbangan daripada wang kemenangan itu
tidak dapat dipastikan.
JDT muncul juara Piala Malaysia buat pertama kali selepas
mengalahkan juara bertahan, Kedah 2-0 dalam aksi final di stadium Shah Alam,
malam Sabtu.

Advertisement
– mD

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel