Connect with us

Berita Lain

‘Jika Mahu Salahkan Saya Silakan, Ia Sudah Pun Terjadi’ – Tun Mahathir


Mantan perdana menteri keempat Tun Dr Mahathir Mohamad tidak faham
kenapa beliau terus dipersalahkan kerana menahan ramai orang di bawah Akta Keselamatan
Dalam Negeri (ISA) ketika zaman pentadbirannya.
Tun Mahathir berkata demikian pada majlis sesi dialog townhall bersama anak muda di
Petaling Jaya malam tadi seperti dilaporkan portal Malaysiakini. Dr Mahathir berkata paling kurang seramai 2,000 orang
ditahan semasa 13 tahun pemerintahan perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahman
Putra Al-Haj.
Begitu juga ketika zaman pemerintahan selama enam
dan lima tahun bagi Tun Abdul Razak Hussein dan Tun Hussein Onn yang melibatkan
penahanan lebih 2,000 orang.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya (mentadbir cuma selama) 22 tahun, cuma 1200 sahaja
yang di tahan. 
Yang saya heran tiada siapa marah kepada mereka
sebaliknya saya yang masukkan dalam ISA nilai terkecil, menjadi sasaran.”

“Ni saya kurang faham kerana apa yang saya lakukan apa
yang dilakukan mereka. Kenapa mereka tak dijadikan sasaran bahkan mereka lebih
bengis dari saya,” kata beliau lagi.
Beliau menjawab soalan hadirin yang bertanya kenapa beliau
membenarkan Operasi Lalang terjadi pada waktu itu dan kemungkinan beliau
melakukan hal tersebut dengan berbeza.
“Jika mahu salahkan saya silakan, ia sudah pun
terjadi,” jawab pengerusi HARAPAN itu.
Mahathir berkata orang ramai bebas untuk menyalahkan beliau
dalam hal itu.
“Jika saya diberitahu kalau saya tidak menangkap maka
akan terjadi keganasan, saya tidak menjalankan amanah saya jika saya tidak
menangkap mereka. Jadi saya perlu menangkap mereka.”
Meski pun orang bebas mendakwa salah guna kuasa ketika
pemerintahannya, Mahathir menyangkal kerajaan di zaman beliau berbuat demikian. 
Bagi soalan jikalau HARAPAN akan memansuhkan undang-undang
pencegahan, beliau berkata kerajaan berhak menangkap dan menahan orang tanpa
bicara.
“Undang-undang ISA, Sosma, Pota, undang-undang
preventive untuk tahan jenayah berlaku. 
Lain-lain undang-undang untuk ambil tindakan lepas
jenayah berlaku,” kata beliau.
Sebelum ini, Mahathir berkata rela dipersalahkan kerana
menahan lebih 100 aktivis, wartawan dan pemimpin pembangkang semasa Operasi
Lalang 30 tahun lalu. 
Beliau juga kesal kerana terdapat beberapa tahanan disiksa
ketika ditahan di bawah ISA.
Bagaimanapun, Dr Mahathir enggan memohon maaf atas kejadian
tersebut menyebut penangkapan itu bukan atas keputusan beliau. 
Ketika itu, Dr Mahathir perdana menteri dan menteri dalam
negeri yang berulang kali menyatakan Operasi Lalang dikendalikan pihak polis
dan beliau tiada kuasa membantah perintah penahanan.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel