Connect with us

Berita Lain

Kanak-Kanak Lelaki Mangsa Dera Yang Koma Disahkan Meninggal Dunia



KEPALA BATAS – Kanak-kanak lelaki yang sebelum ini koma selepas didakwa didera di Kampung Paya Lahar Kepah, di sini Rabu lepas, meninggal dunia hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Noorzainy Mohd Nor berkata Kong Chaw Wan, berusia setahun empat bulan meninggal dunia kira-kira 10.45 pagi ini selepas keadaannya semakin kritikal dipercayai akibat pendarahan otak kerana dipukul dengan benda tumpul di kepala.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Selepas koma sejak Rabu lepas mangsa yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang gagal diselamatkan kerana mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan termasuk pendarahan otak.
“Selain pendarahan otak,mangsa turut mengalami lebam di dahi dan pipi kanan, lebam di bawah mata kiri serta luka lama di bahagian dada, tangan serta kaki di percayai didera, ” katanya di sini hari ini.
Susulan itu katanya kes tersebut diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh dan disiasat menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Beliau berkata seorang wanita Indonesia berusia 26 tahun ditahan sejak Khamis lepas bagi membantu siasatan kes itu.
Dalam kejadian kira-kira 4.30 petang Rabu, wanita itu dan suaminya warga tempatan membawa kanak-kanak itu ke Hospital Kepala Batas, di sini kerana tidak sedarkan diri sebelum dipindahkan ke HPP kerana kritikal.
Wanita itu mendakwa anaknya terjatuh ketika sedang bermain dan dahinya terhantuk ke lantai ruang tamu rumah mereka sebelum tidak sedarkan diri dan menurut doktor mangsa yang cedera parah di kepala di syaki mengalami pendarahan di otak akibat impak kuat daripada objek tumpul di dahi dan di pipi kanannya, bukannya terjatuh.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement


– BERNAMA

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel