Connect with us

Berita Lain

Kem Belum Siap, Pengundi Pos Sudah Ada – Nurul Izzah

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar – Foto: TMI

KUALA LUMPUR – Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar,
mendesak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPRM) memberi jawapan segera
berhubung isu pendaftaran baru pengundi tentera.
Izzah yang juga merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai
berkata, mana mungkin sejumlah besar golongan askar didaftarkan sebagai
pengundi pos di kem askar Bera, Bagan Datok dan Segamat, sedangkan setiap satu
kem belum siap dibina dan dihuni.
Katanya, seandainya SPR tidak memberikan jawapan yang
tuntas, dibimbangi banyak pihak akan membangkitkan kredibiliti dan niat SPR.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Terutama, apabila kita perhalusi majoriti kemenangan
BN di kawasan terbabit di samping tarikh pilihan raya yang semakin hampir,
ternyata perkara ini mampu  melahirkan
banyak imej negatif pada SPR,” katanya dalam satu kenyataan media hari
ini.
Tegasnya, tidak cukup dengan itu, pertambahan pengundi yang
‘dibawa masuk’ ke kem-kem berkenaan bukan sedikit, bahkan mencecah angka
ribu-ribuan.
Katanya, aneh difikirkan, bagaimana SPR boleh membenarkan
pendaftaran golongan tentera ini, sedangkan ia bertentangan dengan
undang-undang sedia ada.
Jelas Nurul Izzah, tindakan SPR seolah-olah menidakkan
Perkara 19(1)(b) Perlembagaan Persekutuan secara langsung,  akta tersebut jelas menyatakan, seorang
pengundi hanya dikira layak mendaftar di satu-satu kawasan, jika insan tersebut
menetap di kawasan berkenaan pada tarikh pendaftaran.

Dengan ini, katanya, beliau 
mendesak pihak SPR agar bertanggungjawab atas isu pendaftaran pengundi
tentera yang langsung tidak berintegriti ini.
“Pendaftaran yang telah dijalankan wajib ditarik balik,
selagi mana golongan tentera tersebut belum masuk ke kem masing-masing,”
katanya.
Dalam pada itu, Nurul Izzah juga menggesa pihak PDRM dan
Jabatan Peguam Negara memastikan SPR mengambil tindakan sepantas mungkin.

Advertisement
“Kegagalan hari ini, bererti kemusnahan masa depan
negara,” katanya.



– Sinar Online

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel