Connect with us

Berita Lain

Keputusan Pulangkan Balak, Jentera Dirampas Disiasat – Abang Johari


KUCHING – Kerajaan Sarawak telah menubuhkan satu
jawatankuasa untuk menyiasat keputusan jawatankuasa penyiasatan mendapati tiada
kes terhadap sebuah syarikat pembalakan sehingga menyaksikan balak serta
jentera dirampas bernilai kira-kira RM7juta dipulangkan semula.
Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg
berkata jawatankuasa yang ditubuhkan itu akan turut melibatkan wakil daripada
unit keselamatan Pejabat Ketua Menteri.
“Sama ada berlaku rasuah atau tidak, biar mereka
(jawatankuasa) siasat,” katanya kepada pemberita selepas Program Amanat
Integriti Bersama Ketua Menteri 
bertemakan ‘Memperkasa Integriti dan Tadbir Urus Untuk Pembangunan
Mapan’ di sini hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Semalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan
melaporkan sejumlah 3,500 batang balak dan 14 jentera berat bernilai kira-kira
RM7 juta yang dirampas kerana disyaki diperolehi secara haram di Bintulu pada
Ogos lalu, telah dipulangkan semula selepas jawatakuasa penyiasatan mendapati
tiada kes kerana operasi pembalakan dijalankan di kawasan yang dibenarkan.
Sementara itu Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar
Awang Tengah Ali Hassan berkata jawatakuasa yang ditubuhkan itu tidak akan
melibatkan wakil Jabatan Hutan Sarawak.
“Saya telah arahkan kes ini untuk disiasat,
jawatakuasa ini tidak akan melibatkan wakil Jabatan Hutan Sarawak, ada satu
lagi agensi tetapi saya tidak perlu sebut siapa (agensi) tersebut,” katanya
yang juga Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli Kedua negeri.

— BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel