Connect with us

Berita Lain

Kerana Jalin Cinta Dengan Isteri Orang, Warga Bangladesh Maut Ditetak


SEPANG – Seorang pemilik kedai makan dan gunting rambut
warga Bangladesh maut ditetak selepas dipercayai menjalin hubungan dengan
isteri orang.
Mangsa berusia 26 tahun ditemui mati di kawasan memproses
ayam di Kampung Datuk Abu Bakar Baginda, dekat sini, Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali
berkata, siasatan mendapati mangsa tinggal bersama dengan sepasang suami
isteri  warga Indonesia di sebuah rumah
yang mempunyai dua bilik tidur dan satu bilik air.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Menurutnya, mangsa dikatakan telah mendiami rumah terbabit
sejak tiga hingga empat tahun lalu sejak bekerja sebagai pekerja kontrak di
Puchong.
“Mangsa dipercayai menjalin hubungan dengan wanita
warga Indonesia terbabit.
“Suspek dalam kes ini disyaki adalah suami kepada
wanita terbabit yang dikenali sebagai Johari. Suspek ini bagaimanapun telah
menghilangkan diri, namun isterinya telah pulang ke Indonesia pada bulan
Ramadan lalu,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah
(IPD) Sepang, hari ini.
Beliau berkata, siasatan forensik mendapati mangsa disyaki
dibunuh ketika sedang tidur berdasarkan kesan darah di atas katil dan bilik
mangsa.
Katanya, suspek kemudian terus menghilangkan diri menaiki
motosikal jenis Suzuki berwarna merah jambu.
“Polis kini sedang berusaha mengesan Johari bagi
membantu siasatan. Mana-mana individu atau mereka yang mengenali dan melihat
suspek boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan IPD Sepang Asisten
Superintendan Wan Azirul Wan Aziz di talian 017-6556575 atau balai
terdekat,” katanya.
Sementara itu, IPD Sepang hari ini mengeluarkan senarai 30
orang dikehendaki termasuk lima wanita bagi membantu menyelesaikan siasatan
pelbagai kes jenayah seperti pecah rumah, curi, rusuhan dan samun yang berlaku
di daerah ini.
Kesemua suspek yang berumur dalam lingkungan 25 hingga 51
tahun itu dikehendaki bagi menyelesaikan pelbagai kes tertunggak sejak 2005.

Menurut Abdul Aziz, butiran peribadi termasuk gambar dan
maklumat kesalahan mereka akan dimuat naik dalam laman sosial Facebook rasmi
IPD Sepang hari ini untuk memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat mengenai
kesemua suspek itu.

— Sinar Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel