Connect with us

Berita Lain

Kes Dadah, Anggota Polis Diserang Semput Ketika Diberkas AADK


MELAKA: Seorang pekerja cuci kereta cemas apabila dicekup
Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) kerana mendakwa isterinya sedang menunggu
hari untuk melahirkan anak kedua ketika serbuan di bekas tapak pelupusan sampah
Krubong, di sini, pagi tadi.
Lelaki berusia 36 tahun itu mendakwa datang dari Kuala
Lumpur untuk menziarahi ibunya di Melaka menerima pelawaan seorang rakan yang
juga penagih dadah untuk ke lokasi panas berkenaan.
Dalam tangkapan jam 7.30 pagi itu, lima penagih dadah
berusia antara 33 hingga 47 tahun ditahan termasuk seorang anggota polis dari
sebuah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di Pantai Timur berusia 33 tahun yang
turut diserang semput ketika diberkas.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Ketua Pegawai AADK Daerah Melaka Tengah, Lailiana Maon,
berkata tangkapan ini merangkumi operasi pembersihan lokasi panas penagih dadah
menerusi program My Beautiful Malaysia anjuran AADK kali ke-8 pada tahun ini.
Lailiana berkata, dalam program itu, sepasukan anggota AADK
bersama polis masuk ke sarang penagihan itu kira-kira jam 6.30 pagi dan mendapati
golongan penagih dadah masih aktif melepaskan gian di lokasi panas berkenaan.
“Anggota polis berusia 33 tahun yang ditahan akan
diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 12(2) Akta
Dadah Berbahaya 1952, manakala empat lagi dibawa ke AADK mengikut Seksyen 3(1)
Akta Penagih Dadah 1983,” katanya.
Beliau berkata, AADK turut menemui dua paket kecil dadah
dipercayai heroin dan syabu daripada seorang penagih dadah yang tidak sempat
melepaskan gian.
“Mereka sentiasa akan mencari dan beroperasi di kawasan
baharu setiap kali tempat lama dimusnahkan dan rekod mendapati kebanyakan
penagih datang dari luar kawasan ini untuk mendapatkan bekalan dadah,”
kata Lailiana.

Operasi yang berakhir jam 1 tengah hari itu turut mendapat
bekerjasama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Melaka Tengah; Jabatan
Kesihatan; Southern Waste Management Environment (SWM); Majlis Bandaraya Melaka
Bersejarah (MBMB) dan Pusat rawatan Cure and Care (C&C) Tampin dan Tiang
Dua.



– BH Online

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel