Connect with us

Berita Lain

Kes Ibu Lacurkan Anak Bawah Umur RM50, Tiga Lagi Lelaki Ditahan



JOHOR BARU, 1 Nov — Polis Johor menahan tiga lagi
individu bagi membantu siasatan kes dua kanak-kanak perempuan yang disyaki
dilacur ibu mereka di sini, 25 Okt lepas.

Ketua polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd
berkata dua daripada suspek merupakan lelaki warga Bangladesh berusia 35 tahun
yang ditahan di Kulai dan Johor Baru, petang semalam.

Seorang lagi pula adalah lelaki tempatan berusia 48
tahun yang merupakan majikan kepada kedua-dua warga Bangladesh berkenaan,
katanya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Dia (lelaki tempatan) ditahan di kawasan Kulai
hari ini kira-kira 1.30 petang dan akan disiasat di bawah Seksyen 55B Akta
Imigresen. Permohonan perintah reman terhadapnya sedang dibuat di Mahkamah
Majistret Johor Baru,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Menurut Mohd Khalil, penahanan terbaharu itu
menjadikan jumlah tangkapan setakat ini adalah lapan orang termasuk tujuh warga
Bangladesh.
Lima daripada warga Bangladesh itu yang kesemua
pekerja kilang berumur 28 hingga 42 tahun sebelum itu, ditahan di kawasan Senai
semalam.
Mohd Khalil berkata pihaknya juga sudah mengenal
pasti suspek utama dan sedang berusaha mengesannya.
Pada 25 Okt lepas, bertindak atas maklumat orang
awam, polis telah menahan seorang wanita berusia 39 tahun kerana ​​​​​​disyaki
melacurkan dua anak perempuannya yang berumur lapan dan 10 tahun kepada tiga
lelaki asing di sebuah hotel bajet di bandar raya ini.
Wanita yang merupakan ibu tunggal itu yang ditahan
di rumahnya di Taman Bintang, Senai, dekat Kulai, disyaki telah melakukan
kegiatan itu sejak sebulan lepas.
Dia akan membawa kedua-dua anaknya itu ke hotel
terbabit setiap Jumaat dan meninggalkan mangsa bersama tiga lelaki berkenaan
dan sebagai balasan, wanita itu akan menerima bayaran berjumlah RM50 setiap
kali menjalankan ‘urus niaga’ itu.
Kedua-dua mangsa telah pun dirujuk ke Hospital
Sultanah Aminah untuk pemeriksaan dan diserahkan kepada pihak Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM). — Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel