Connect with us

Berita Lain

Kes Muhyiddin Batal Saman Mohd Anas Diketahui 19 Jan


KUALA LUMPUR, 13 Nov — Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan
19 Jan depan untuk keputusan permohonan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia
(PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membatalkan saman bekas ketua aktivis
PPBM Negeri Sembilan, Mohd Anas Sudin atas dakwaan memfitnahnya, April lepas.
Hakim Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad menetapkan tarikh itu di
dalam kamarnya selepas mendengar hujahan peguam Muhammad Faizal Faiz Mohd
Hasani, yang mewakili Muhyiddin, dan peguam Hazwan Mohd Nor bertindak bagi
pihak Mohd Anas.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Muhammad Faizal Faiz, ketika ditemui pemberita, berkata
pihaknya berhujah bahawa tuntutan plaintif (Mohd Anas) gagal memenuhi elemen
utama iaitu fitnah, yang mana tidak mendedahkan kausa tindakan munasabah,
bersifat remeh dan menyusahkan serta menyalahguna proses mahkamah.
Hazwan pula berkata pihaknya berhujah bahawa defendan
(Muhyiddin) tidak pernah menafikan beliau ada mengeluarkan perkataan-perkataan
berunsur fitnah seperti yang dinyatakan dalam pernyataan tuntutan.
Permohonan untuk membatalkan saman itu difailkan Muhyiddin
pada 23 Julai lepas atas alasan tuntutan saman tersebut tidak mendedahkan kausa
tindakan munasabah, bersifat remeh dan menyusahkan serta menyalahguna proses
mahkamah.
Pada 6 Jun lepas, Mohd Anas memfailkan saman fitnah sebanyak
RM10 juta terhadap Muhyiddin dengan mendakwa bekas timbalan perdana menteri itu
telah mengaibkannya sehingga ada yang memanggilnya dengan gelaran ‘lalang’ dan
‘tupai’.
Dalam pernyataan tuntutan, Mohd Anas berkata beliau telah
mengadakan sidang media pada 5 April lalu bagi mengumumkan 500 ahli PPBM keluar
parti disebabkan tidak berpuas hati terhadap Muhyiddin yang mengamalkan konsep
kronisme dalam parti.
Plaintif mendakwa berikutan daripada pengumuman itu,
defendan telah mengeluarkan satu kenyataan ketika mengadakan sidang media di
luar lobi Parlimen pada keesokannya (6 April) bagi menjawab soalan wartawan
berhubung tindakan keluar parti.
Mohd Anas mendakwa kenyataan yang dikeluarkan defendan
membawa maksud plaintif tidak jujur, tidak berkelayakan dan tidak berprinsip
sehingga mencetuskan kebencian umum ahli-ahli dalam PPBM.
Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk,
ganti rugi teladan, faedah dan kos selain perintah injunksi bagi menghalang
defendan daripada menerbit atau menyiarkan semula kenyataan fitnah tersebut.
– BERNAMA

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel