Connect with us

Berita Lain

Kes Pukul Anggota Rela, Datuk Seri Didakwa Empat Tuduhan


AHLI perniagaan bergelar Datuk Seri didakwa di Mahkamah
Majistret Ampang, hari ini atas empat tuduhan termasuk menyerang dan
mencederakan tiga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) ketika bertugas
di tokong di Kampung Baru Ampang, minggu lalu.
Bagaimanapun, Liow Soon Hee, 29, mengaku tidak bersalah
selepas semua tuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Azrul
Darus yang bertindak sebagai majistret.
Tertuduh yang memakai kemeja putih kelihatan tenang dalam
kandang tertuduh sepanjang prosiding berlangsung.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Bagi tuduhan pertama, Liow didakwa menyebabkan cedera parah
terhadap Lee Weng Poh, 27, di perkarangan Tokong Kou Ong Yah, Jalan Merdeka,
Kampung Baru Ampang, jam 6.30 pagi, 27 Oktober lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 325, Kanun Keseksaan yang
memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda jika sabit
kesalahan.
Lelaki itu juga dituduh menyerang penjawat awam Melvin
Cheong Mun Khai, 19, yang menjalankan tugas sebagai anggota RELA di tempat,
masa dan tarikh sama dan didakwa mengikut Seksyen 353, Kanun Keseksaan yang
boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali.
Bagi tuduhan ketiga dan keempat, Liow dituduh dengan sengaja
menyebabkan kecederaan terhadap Leong Jun Jie, 21, dan Melvin di tempat, masa
dan tarikh sama dan didakwa mengikut Seksyen 324, Kanun Keseksaan yang boleh
dihukum penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-dua sekali jika sabit
kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nadiah Malek Fauzie
menawarkan jaminan RM25,000 dengan seorang penjamin bagi semua tuduhan berserta
syarat tambahan tertuduh dilarang menggangu saksi.
Datuk Geethan Ram Vincent yang mewakili tertuduh memohon
anak guamnya dikenakan jaminan yang munasabah.
Mahkamah kemudian menetapkan tertuduh diikat jamin RM17,000
dengan seorang penjamin serta syarat tambahan dilarang menganggu mangsa serta
saksi pendakwaan dan menetapkan 14 Disember sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sebelum ini, media melaporkan tiga anggota RELA
masing-masing bengkak pada mata kiri selain sakit pada bahagian badan selepas
dipukul dan ditendang tertuduh yang berpunca tindakan mangsa meminta kenderaan
Toyota Vellfire milik tertuduh yang diletakkan di tepi jalan besar dialihkan
kerana menghalang lalu lintas.

– my Metro

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel