Connect with us

Berita Lain

Kes Rogol Dan Samun Pelajar IPT, Pekerja Kilang Mengaku Tidak Bersalah

Tertuduh Amirulfaizal Amiruddin, 27, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail atas pertuduhan merogol seorang pelajar IPT. – Foto: BH Online

SHAH ALAM: Seorang pekerja kilang, Amirulfaizal Amiruddin, 27, juga mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail mengaku tidak bersalah di
Mahkamah Sesyen di sini, hari ini terhadap pertuduhan merogol seorang pelajar
sebuah institusi pengajian tinggi, minggu lalu.
Tertuduh juga mengaku tidak
bersalah terhadap pertuduhan melakukan seks
luar tabii terhadap mangsa berusia 22 tahun itu serta menyamunnya.
Dia didakwa mengikut Seksyen 376(2)(b) yang membawa hukuman penjara antara 10 hingga 30 tahun dan dikenakan sebatan jika sabit kesalahan kerana merogol mangsa
dan meletakkan wanita itu dalam ketakutan kematian di bawah pokok belakang
sebuah apartmen di Jalan Keluli, Seksyen 7 di sini antara jam 8.30 sehingga
10.30 malam pada 1 November lalu.
Bagi pertuduhan kedua, Amirulfaizal didakwa mengikut Seksyen
377C kanun sama iaitu melakukan persetubuhan luar tabii secara memasukkan
kemaluannya ke dalam mulut mangsa tanpa kerelaan di tempat, tarikh serta masa
sama, yang sabit kesalahan boleh dihukum penjara lima hingga 20 tahun serta
disebat.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Selain itu tertuduh juga didakwa mengikut Seksyen 392 yang dibaca bersama
Seksyen 397 Kanun Keseksaan kerana menyamun telefon bimbit Samsung J2 Prime dan wang
tunai RM100 secara mengancam mangsa dengan bersenjatakan sebilah pisau di
lokasi dan masa sama, yang sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 14
tahun, didenda serta sebatan.
Mahkamah kemudian menetapkan 4 Disember ini sebagai tarikh
sebutan semula pertuduhan yang dihadapi tertuduh, selain membolehkan tertuduh
melantik peguam. 
Tiada jaminan ditawarkan selepas mahkamah
membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Nadia Basri.
Sebelum ini portal berita BH Online melaporkan seorang gadis berusia 22
tahun dirogol dan disamun, selepas diperdayakan seorang lelaki yang
berpura-pura bertanya arah dalam kejadian pada 1 November lalu. K
ejadian berlaku kira-kira jam 8.30 malam, ketika
mangsa pulang dari pasar malam di Seksyen 7 di sini dan dihampiri suspek ketika
berjalan menghala ke sebuah hentian bas. 
– Malaysian Update

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel