Connect with us

Berita Lain

Ketua Pemuda Umno Kampung Nyatoh Maut Ditikam Adik


KETUA Pemuda UMNO Cawangan Kampung Nyatoh maut dipercayai
ditikam adik lelakinya dalam pergaduhan di rumah keluarga di Taman Bunga
Sejati, Rantau, hari ini.
Dalam kejadian 7.30 pagi itu, mangsa, Norhaidi Mat Yusop,
40, dikatakan bertengkar dengan adiknya yang berusia 31 tahun sebelum dia
ditikam dipercayai menggunakan pisau di bahagian belakang badan.
Jiran mangsa, G Yuvarajah, 21, berkata, ketika kejadian dia
sedang tidur sebelum terdengar bunyi bising dan jeritan dari rumah mangsa lalu
keluar untuk melihat keadaan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya lihat mangsa sudah berlumuran darah berlari
dikejar adiknya yang memegang penyodok besi. Ibu mereka pula menjerit meminta
tolong.
“Saya mengejar mereka untuk menghalang, namun apabila
menghampiri saya melihat mangsa sudah terbaring di atas jalan manakala suspek
berjaya diberkas orang ramai kira-kira 30 meter dari rumah,” katanya
ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.
Yuvarajah berkata, dia difahamkan suspek tinggal bersama ibu
di rumah berkenaan manakala mangsa yang sudah berkahwin tinggal bersama
keluarga di kawasan berhampiran.
“Mangsa (Norhaidi) dikatakan baru menghantar anaknya
untuk dijaga ibu sebelum berlaku pergaduhan antara dia dan suspek.

“Bagaimanapun, punca pergaduhan saya tidak tahu. Saya
tidak mengenali mereka secara dekat kerana baru lima bulan tinggal di
sini,” katanya.
Mangsa yang cedera meninggal dunia ketika menerima rawatan
di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban pada 9.30 pagi dan mayatnya
diserahkan ke Unit Forensik HTJ untuk bedah siasat.

Advertisement
Sementara itu, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Noor Azam
Jamaludin mengesahkan kejadian itu.

– my Metro

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel