Connect with us

Berita Lain

Khairy Ketuai Perbarisan Perasmian PAU 2017


KUALA LUMPUR — Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy
Jamaluddin sekali lagi akan diberi mandat dan penghormatan untuk mengetuai
perbarisan kehormat pada perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2017 pada 7 Disember,
kata Setiausaha Kerja parti, Datuk Seri Ab Rauf Yusof.
Beliau berkata seperti perhimpunan pada tahun-tahun sebelum
ini, kesemua acara di dalam dewan iaitu perhimpunan agung dan perhimpunan sayap
Wanita, Pemuda dan Puteri dikekalkan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Acara dalam dewan semua sama. Ketua Pemuda diberi
penghormatan uruskan perbarisan kehormat yang akan disertai 50 perwakilan
daripada setiap sayap Wanita, Pemuda, dan Puteri,” katanya ketika ditemui
pemberita selepas menyaksikan raptai pertama acara perasmian perhimpunan
tahunan itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
Pada perhimpunan agung parti 2016, Khairy, yang juga Menteri
Belia dan Sukan, diberi penghormatan mengetuai acara perbarisan sebagai
penghargaan atas pertauliahan pangkat Brigadier Jeneral yang beliau terima
dalam pasukan Askar Wataniah.
Khairy yang juga anggota Parlimen Rembau dan Komander
Rejimen 508 Askar Wataniah, dinaikkan pangkat daripada Kolonel kepada Brigadier
Jeneral, berkuat kuasa 14 Januari 2015.
Mengenai persiapan menjelang perhimpunan yang akan
berlangsung mulai 5 Disember dan berakhir 9 Disember, Ab Rauf berkata ia masih
peringkat awal iaitu sekitar 25 peratus, namun dijangka siap sepenuhnya pada 2
Disember.
Bagi tujuan pendaftaran anggota perwakilan, beliau berkata
pendaftaran untuk semua perwakilan, termasuk sayap-sayap, hanya dibuat sekali
sahaja iaitu pada 4 Dismber berbanding sebelum ini yang menyaksikan pendaftaran
berasingan bagi anggota sayap dan perhimpunan agung UMNO.

“Semua setiausaha perhubungan dan setiausaha negeri sudah
dimaklumkan. Melalui pendekatan ini kita dapat menjimatkan masa dan kos,”
katanya. — BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel