Connect with us

Berita Lain

KSM Pandang Serius Penahanan JKKP Johor


PUTRAJAYA – Kementerian Sumber Manusia (KSM) memandang
serius terhadap penahanan pegawai Jabatan Keselamatan dan Kesihatan (JKKP)
Negeri Johor oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki
terlibat dalam rasuah.
KSM dalam satu kenyataan hari ini berkata walaupun ia adalah
satu kes terpencil namun pihak KSM akan memastikan setiap pegawai jabatan dan
agensi di bawahnya mematuhi dan menjalankan penguatkuasaan dengan
berintergriti.
SPRM hari ini mengesahkan penahanan seorang lelaki berusia
37 tahun di sebuah hotel di Johor pada 2.40 petang semalam kerana disyaki
meminta dan menerima wang berjumlah RM30,000 daripada seorang pengurus projek
sebuah syarikat kejuruteraan petroleum.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Suspek disyaki meminta wang sebagai dorongan supaya tidak
mengambil tindakan terhadap syarikat berkenaan yang didapati memasang Mesin
Angkat tanpa mendapat kebenaran daripada pihak JKKP Johor.
KSM berkata ia telah mejalankan pelbagai program bagi
meningkatkan integriti pegawai antaranya dengan mengadakan taklimat daripada
SPRM, bekerjasama dengan SPRM untuk menjalankan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) untuk
pegawai di jabatan dan agensi di bawahnya.
Kementerian itu juga mengguna pakai konsep Pengurusan Risiko
Rasuah ke dalam Prosedur Kerja Standard, aktiviti penguatkuasaan dan
pemeriksaan jabatan dan agensi, katanya.
“Pihak KSM juga komited dan akan sentiasa bekerjasama dengan
semua pihak yang terlibat bagi menambah baik prosedur sedia ada dan juga demi
menjaga integriti dan sistem penyampaian perkhidmatan awam,” katanya.

– BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel