Connect with us

Berita Lain

Lelaki Berpakaian Ala ‘Pengebom Berani Mati’ Serah Diri



Seorang lelaki yang dipercayai berpakaian ala pengebom bunuh
diri pada 28 Okt lepas ditahan semalam selepas dia tampil di Ibu Pejabat Polis
Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din
berkata suspek berusia 35 tahun yang berasal dari Sana’a, Yaman itu hadir
menyerah diri kira-kira 6 petang semalam.
Dalam satu kenyataan semalam beliau berkata suspek akan
direman hari ini  dan siasatan lanjut
sedang dijalankan.
Selasa lepas, Mohd Zani berkata pihak polis sedang menjejaki
seorang lelaki yang berpakaian ala pengebom bunuh diri ketika menghadiri sebuah
majlis sambutan Halloween di sebuah kondominium di Damansara di sini, pada 28
Oktober lepas,

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Menurut Mohd Zani seorang penduduk di kondominium berkenaan
memaklumkan kepada polis ada melihat lelaki memakai pakaian sedemikian ketika
menaiki lif.
Kes berkenaan disiasat menurut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Cuba seludup dadah ke lokap
Sementara itu, di Johor Bahru, polis menahan seorang lelaki
warga emas ketika cuba menyeludup dadah ke dalam lokap Balai Polis Kluang, tiga
hari lepas.
Ketua Polis Daerah Kluang ACP Mohamad Laham berkata lelaki
berumur 60 tahun itu datang ke balai polis berkenaan kira-kira 11 pagi dengan
alasan mahu menyerahkan beg kepada anak perempuannya yang ditahan di dalam
lokap atas kesalahan dadah.
“Hasil pemeriksaan beg itu, anggota Pejabat Pertanyaan
Balai Polis Kluang menemui seunit power bank di dalamnya mengandungi sepaket
plastik lut sinar berisi dadah jenis heroin seberat 13.98 gram dan sepaket
plastik lut sinar berisi dadah jenis syabu seberat 0.98 gram dianggar bernilai
hampir RM1,500,” katanya menerusi kenyataan semalam.
Mohamad berkata ujian saringan air kencing mendapati warga
emas tersebut positif dadah jenis morfin dan mempunyai rekod jenayah lampau.
Lelaki itu ditahan reman sehingga 15 Nov ini untuk siasatan
lanjut mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952, katanya.
Dalam kes lain, Mohamad berkata pihaknya percaya telah
menumpaskan kegiatan curi motosikal di sekitar bandar ini dengan penahanan
tujuh remaja lelaki dan dua perempuan berumur 13 hingga 18 tahun, pada Selasa
dan Rabu lepas.
Beliau berkata polis berjaya menahan mereka selepas penahanan
pertama terhadap dua remaja lelaki yang disyaki terlibat mencuri motosikal di
Taman Sri Jaya, Kluang, kira-kira 4 pagi, tiga hari lepas.
Beliau berkata hasil soal siasat, polis berjaya menahan tiga
lagi remaja lelaki dan dua remaja perempuan berumur 13 hingga 18 tahun pada
6.30 pagi, hari yang sama, di sebuah rumah di Bandar Seri Impian, Kluang dan
seorang lagi remaja lelaki berusia 15 tahun, kira-kira 8.30 pagi, di sebuah
rumah di Taman Bersatu, Kluang,” katanya.
Menurut Mohamad, daripada soal siasat juga, polis berjaya
menahan seorang lagi remaja lelaki berumur 14 tahun pada 6 petang di sebuah
warung di Kampung Melayu, Kluang, keesokan harinya. (Rabu)
Beliau berkata kesemua yang ditahan negatif terhadap dadah,
namun, dua daripada mereka mempunyai rekod jenayah.
“Selain penahanan, polis turut merampas sejumlah barang
bernilai RM4,000 termasuk pemotong besi, tiga motosikal dan pelbagai jenis
peralatan untuk meleraikan komponen motosikal,” katanya.
Kesemua mereka ditahan reman sehingga 15 November bagi
siasatan mengikut Seksyen 379A kerana mencuri kenderaan motor.

 Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel