Connect with us

Berita Lain

Lelaki Berpura-Pura Tanya Arah Sebelum Rogol Mangsa

KETUA Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien
Mamat. – Foto: Berita Harian



SHAH ALAM: Seorang gadis berusia 22 tahun dirogol dan
disamun selepas diperdaya oleh seorang lelaki yang berpura-pura bertanya arah,
malam tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien
Mamat, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 malam, apabila mangsa baru
pulang dari pasar malam di Seksyen 7, di sini dan menghala ke sebuah hentian
bas, didatangi suspek.
Katanya, suspek yang berusia lingkungan 20-an itu
berpura-pura bertanyakan arah kepada mangsa, yang juga seorang pelajar
institusi pengajian tinggi tempatan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Pada masa sama, suspek mengacukan pisau dan menarik
mangsa ke dalam kereta dan menghala ke kawasan kilang berhampiran sebuah
apartmen di Seksyen 7, di sini.
“Suspek memberhentikan kereta di kawasan gelap dan
merogol mangsa, selain merampas wang tunai RM100 dan telefon bimbit milik
mangsa.
“Dia kemudian mengarahkan mangsa turun dari kereta dan
melarikan diri,” katanya ketika dihubungi.
Shafien berkata, mangsa dibawa ke Hospital Shah Alam untuk
pemeriksaan lanjut.
Beliau berkata, satu pasukan khas ditubuhkan bagi memburu
suspek.
Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu
merogol, Seksyen 392 dan 397 kanun sama iaitu merompak dengan bersenjata serta
mencuba menyebabkan kematian atau cedera parah.
Maklumat mengenai kejadian itu tersebar melalui aplikasi
WhatsApp, yang antara lain menyebut mangsa disamun dan dirogol di Seksyen 7,
Shah Alam sebelum dibantu kakaknya membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen
9, di sini.

– Berita Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel