Connect with us

Berita Lain

Lelaki Dera Mak Angkat Hingga Mati


KLANG: Seorang tukang masak ditahan tengah malam tadi,
selepas disyaki mendera ibu angkatnya sehingga mati, pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul
Amar Ramli, berkata suspek berusia 43 tahun itu dan bekerja di sebuah restoran
makanan laut di Pandamaran, ditahan di Klang jam 12 tengah malam tadi.
Katanya, siasatan awal mendapati, suspek mula memukul dan
mendera mangsa yang berusia 70 tahun itu sejak Mei lalu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Mangsa tinggal bersama suspek dan isterinya. Isteri
suspek tahu suaminya memukul mangsa tetapi takut memberitahu ahli keluarga
kerana lelaki itu sering mengugut untuk membunuhnya.
“Bagaimanapun, keadaan mangsa yang parah pada 28
Oktober itu menyebabkan isteri suspek bimbang sebelum nekad menghubungi pihak
hospital bagi membolehkan mangsa mendapat rawatan,” katanya dalam satu
kenyataan di sini, hari ini.
Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia pagi semalam
selepas hampir seminggu mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Amouan Rahimah
(HTAR), dekat sini, lapor BH Online.
Shamsul Amar berkata, bedah siasat mendapati kematian mangsa
berpunca daripada kecederaan parah pada beberapa bahagian badan termasuk kepala
akibat dipukul.
“Warga tua itu didera kerana disyaki mendesak isteri
suspek menuntut cerai.

“Suspek direman sehingga Jumaat depan manakala kes
disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel