Connect with us

Berita Lain

Lima Maut Dalam Kejadian Banjir Terburuk Di Pulau Pinang


GEORGE TOWN — Pulau Pinang sekali lagi dilanda
banjir berikutan angin kuat dan hujan lebat lebih 15 jam bermula 2 petang
semalam dan disifatkan sebagai yang terburuk dalam sejarah.
Dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau
Pinang baru-baru ini, kerajaan negeri melaporkan negeri ini menghadapi 119 kali
banjir kilat sejak 2013 hingga 15 Okt tahun ini dengan 21 kali pada tahun ini.
Hujan lebat dan angin kencang sejak 2 petang dan
berlarutan sehingga 5 pagi ini menyebabkan Pulau Pinang lumpuh selepas puluhan
jalan ditutup dan ratusan rumah di lima daerah di negeri ini dilanda banjir
selain turut menyebabkan ratusan pokok dan beberapa kawasan mengalami kejadian
tanah runtuh.
Hampir keseluruhan kawasan rendah di Pulau Pinang
dinaiki air setinggi 0.2 meter hingga 1 meter berikutan hujan lebat berterusan
menyebabkan paras air sungai meningkat dan bertembung dengan fenomena air
pasang di laut mengakibatkan limpahan air berlaku dengan pantas.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Kejadian banjir itu turut menyebabkan kematian
empat warga emas yang lemas dalam kejadian banjir dan seorang warga Bangladesh
yang maut dihempap pokok manakala rakan senegaranya dipercayai masih hilang.
Setakat pukul 6 petang, seramai 3,365 mangsa banjir
di Pulau Pinang masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara banjir di lima
daerah di negeri ini dan daerah Seberang Perai Utara (SPU) disifatkan sebagai
kawasan paling teruk terjejas akibat banjir.
Pegawai Perhubungan Jabatan Bomba dan Penyelamat
Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Mohd Azman Hussin berkata kawasan Seberang Perai
Tengah (SPT) mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 1,974 orang di 25
pusat pemindahan di daerah berkenaan manakala SPU (829 orang), Seberang Perai
Selatan (25), Barat Daya (290) dan Timur Laut melibatkan 247 mangsa.
Kejadian banjir itu turut mengakibatkan sebuah feri
di Terminal Feri Sultan Abdul Halim, Butterworth mengalami sedikit kerosakan
akibat dipukul ombak setinggi tiga meter di kawasan itu sehingga melanggar
bahagian W6 dermaga air dalam.
Bagaimanapun, feri tersebut dijangka beroperasi
keesokan hari.
Lalu lintas di beberapa kawasan turut mengalami
kesesakan antaranya George Town, Batu Ferringhi dan Tanjung Tokong disebabkan
pokok tumbang yang menghalang lalu lintas dan hanya satu jalan sahaja dibuka
untuk kenderaan.
Kerja-kerja pembersihan pokok-pokok yang tumbang
akibat angin kencang sedang giat dijalankan dan polis turut mengawal lalu
lintas bagi mengelak kesesakan.
Selain itu, Rapid Penang turut menghentikan
sementara operasi perkhidmatan basnya berikutan kejadian banjir kilat di
bahagian pulau dan tanah besar.
Dalam satu kenyataan hari ini, Rapid Penang berkata
13 laluan bas di bahagian pulau dihentikan membabitkan kawasan Kebun Bunga,
Teluk Bahang, Komtar, Pengkalan Weld, Tanjung Bungah, Bukit Bendera, Paya
Terubong dan Balik Pulau dan satu laluan di bahagian Seberang Perai iaitu
laluan bas Bukit Mertajam-Taman Pelangi turut diberhentikan operasi.
Sementara itu, Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata
kerajaan negeri tidak bercadang untuk mengisytiharkan darurat buat masa ini
kerana keadaan terkini masih terkawal.
Beliau berkata darurat hanya akan diisytihar oleh
kerajaan negeri selepas rundingan dan atas nasihat kerajaan persekutuan.
Terdahulu, Lim ketika mengadakan lawatan ke kawasan
terjejas awal pagi ini meminta bantuan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr
Ahmad Zahid Hamidi untuk menghantar pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
bagi membantu mangsa-mangsa banjir.
“Keadaan semakin genting. Air masih naik,
angin masih kuat, air sampai 10 hingga 12 kaki lepasi bumbung di Pulau Pinang.
Pulau Pinang minta bantuan daripada ATM. Saya berjaya hubungi Timbalan Perdana
Menteri, terima kasih kerana angkat panggilan saya hampir 3.30 pagi dan beliau
berjanji akan menghantar pasukan ATM untuk selamatkan Pulau Pinang,”
katanya.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan
menyatakan amaran hujan lebat peringkat jingga dikeluarkan pada petang semalam
bagi negeri Perlis, Perak, Kedah dan Pulau Pinang sebelum ditingkatkan ke
peringkat merah ekoran hujan semakin lebat menjelang tengah malam.
Bagaimanapun, tahap amaran hujan lebat itu telah
diturunkan kembali kepada kategori jingga mulai hari ini berikutan kawasan
tekanan udara rendah dikesan semakin lemah. 
– BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel