Connect with us

Berita Lain

Malaysia Tewas Lagi 1-4 Kepada Korea Utara


BURIRAM – Kempen Malaysia pada aksi Kelayakan Piala Asia
2019 berakhir dengan keputusan memalukan apabila tumpas menerusi jaringan sama
1-4 kepada ​​​Korea Utara yang beraksi lebih mantap di Stadium i-mobile, di
sini malam ini.
Kekalahan tersebut adalah kedua buat Malaysia dalam tempoh
tiga hari, selepas tumpas 1-4 kepada Korea Utara di stadium yang sama, Jumaat
lepas.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Turun beraksi dalam keadaan tekanan, ketua jurulatih
Malaysia Nelo Vingada membuat beberapa perubahan dalam kesebelasan utama,
dengan merehatkan beberapa pemain yang sering diturunkan di bangku simpanan,
dan membariskan pemain muda dalam usaha mengelak berdepan satu lagi kekalahan.
Antara pemain yang direhatkan pada perlawanan malam ini
adalah Fadhli Shas, yang diberi tugas selaku ketua pasukan pada perlawanan
Jumaat lepas, dan S. Kunanlan yang masih mengalami kecederaan.

Safiq Rahim yang boleh beraksi pada perlawanan malam ini,
selepas digantung satu permainan ketika pertemuan dengan Hong Kong sebelum ini,
juga diletakkan sebagai pemain simpanan walaupun dijangka kembali memperkuatkan
pasukan kebangsaan.
Malaysia bermula agresif di awal permainan sehingga memaksa
Korea Utara memperkemaskan kawalan, namun sikap positif ditampilkan pemain
negara tidak bertahan lama, sebaliknya anak buah Jorn Andersen kembali
menguasai perlawanan.
Barisan pemain Korea Utara yang tinggi lampai dan memiliki
fizikal yang lebih tegap, terus memberi tekanan terhadap pemain Malaysia, dan
menerusi sepakan sudut, Kim Yu Song menanduk masuk bola untuk meletakkan
pasukannya di hadapan pada minit ke-15.
Lima minit kemudian, Song menggandakan jaringan selepas
menerima hantaran daripada sepakan sudut rakan sepasukan, dan menjaringkan gol
ketiga pada minit ke-44 untuk Korea Utara mendahului 3-0 pada separuh masa pertama.
Menyedari mengalami kekalahan ketujuh sejak dilantik sebagai
jurulatih skuad Malaysia pada Mei lalu, Vingada membuat beberapa pertukaran
pada separuh masa kedua dengan memasukkan pemain lebih berpengalaman, Fadhli
Shas dan Safiq serta pemain sayap, Safawi Rasid.

Kemasukan ketiga-tiga pemain berkenaan tidak memberi banyak
perubahan, dengan Korea Utara memperoleh gol keempat pada minit ke-78 menerusi
Park Kwang Ryong, sebelum Safawi menghadiahkan gol sagu hati Malaysia pada
minit ke-85. – BERNAMA


Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel