Connect with us

Berita Lain

Maria Farida Menang Saman

Maria berharap keputusan mahkamah dapat memberi pengajaran
kepada Hadijah agar tidak mengganggu rumah tangganya lagi. — Foto ihsan
Instagram/Maria Farida

KUALA LUMPUR, 7 Nov — Pelakon Datin Maria Farida hari ini
berjaya dalam tuntutan saman terhadap bekas isteri suaminya selepas dua tahun
menerima pelbagai kecaman.
Maria, 46, berkata Hadijah Mokhtar turut dihukum penjara dua
minggu selepas enggan menghadiri perbicaraan kes berkenaan. 
“Sepanjang dua tahun saya dan keluarga menerima
pelbagai fitnah daripadanya sehingga ia meninggalkan kesan mendalam pada diri
saya.
“Ramai memandang serong terhadap saya gara-gara fitnah
yang dilakukannya dan kemenangan ini bukti saya tidak bersalah,” katanya kepada
mStar Online.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Hadijah, nama popular Karen Rayyan, dilaporkan membuat
pelbagai tuduhan terhadap Maria menerusi khidmat pesanan ringkas dan media
sosial.
Pelakon filem “Datin Ghairah” itu didakwa menjadi punca
keretakan rumah tangga Hadijah dengan Datuk Rahman Shakur.
Maria berkata keputusan mahkamah ini diharap dapat memberi
pengajaran kepada Hadijah agar tidak mengganggu rumah tangganya lagi.
“Alhamdulillah kemenangan berpihak kepada saya dan
berharap dapat meneruskan kehidupan dengan lebih tenang.
“Saya benar-benar berharap dia tidak mengulangi perbuatannya
dan belajar daripada kesilapan,” Maria dilaporkan berkata.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel