Connect with us

Berita Lain

Mesyuarat Ditangguh Mengikut Perlembagaan Kata Syed Saddiq



PETALING JAYA: Pengasas bersama Parti Pribumi Bersatu
Malaysia (PPBM) menafikan dakwaan parti itu gagal mengadakan mesyuarat agung
tahunan seperti diwajibkan bawah perlembagaan parti itu.


Mengulas laporan dibuat oleh ahli PPBM Johor kepada Jabatan
Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) semalam, Ketua Pemuda PPBM Syed Saddiq
Abdul Rahman berkata parti itu sudah lama memutuskan untuk menangguh mesyuarat
itu.

“Kita sudah mengadakan mesyuarat khas mengenai hal ini 2
bulan lalu di mana kita pastikan penangguhan itu dilakukan mengikut
perlembagaan parti itu.


“Malah, kita sudah pun mendapatkan nasihat peguam tentang
hal ini,” katanya kepada FMT.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Dalam laporannya kepada JPPM, ahli PPBM Johor mengadu
tentang kegagalan parti itu untuk mengadakan mesyuarat agung tahunan di
peringkat cawangan, bahagian dan pusat.

Ketua Penerangan PPBM Kluang Arjuna Putra Ali dilaporkan
berkata yang menurut Akta Persatuan 1967 dan Peraturan Persatuan 1984, parti
itu sepatutnya mengadakan mesyuarat agung tahunan dalam masa setahun ia
ditubuhkan, yang mana bermakna sebelum 9 September.

Sementara itu, Syed Saddiq berkata ahli yang terlibat dalam
aduan itu bukan wakil bahagian parti itu.

“Mereka ahli yang tidak berpuas hati atas kegagalan parti
melantik mereka untuk jawatan yang mereka lobi.

“Kami sudah bercakap kepada ketua bahagian dan ahli
jawatankuasa. Mereka semua berkata mereka tidak tahu menahu tentang laporan
yang dibuat,” he said.

Syed Saddiq juga secara tidak langsung mengatakan Umno
mungkin sebalik perkembangan terbaru ini.

“Kami masih menerima laporan mengatakan tangan-tangan yang
mencampuri hal di Perak, mereka dari Umno, adalah di sebalik perkara ini.

“Ini menunjukkan kebimbangan Umno kehilangan tempat
kelahirannya, Johor, terutamanya susulan laporan mengatakan negeri ini mula
beralih kepada Pakatan Harapan (PH).

“Mereka mahu melemahkan PPBM di negeri ini kerana mereka
percaya PH tidak akan berpeluang (untuk menang) di sana tanpa PPBM. Tetapi itu
tidak benar.”


Pada Mei tahun ini, 1,000 ahli PPBM Perak meninggalkan parti
secara besar-besaran kerana tidak berpuas hati atas kebolehan kepimpinan
presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Syed Saddiq mendakwa peletakan jawatan itu didalangi bekas
timbalan presiden PPBM Datuk Hamidah Osman.

Hamidah bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan pada
September lepas, beliau meninggalkan parti itu atas keengganan parti itu
mengambil tindakan terhadap ketua pemudanya itu.

Apabila disoal mengapa PPBM memutuskan untuk menunda
mesyuarat agung tahunan itu, Syed Saddiq berkata ianya kerana parti itu masih
baru.

“Jadi, masih ada cawangan yang belum dibentuk.
“Selain itu, kami tahu pilihan raya umum bakal tiba, dan ini
membenarkan penundaan itu,” katanya yang merujuk kepada pilihan raya umum yang
harus diisytihar oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum Jun 2018.

FMT

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel