Connect with us

Berita Lain

Minta Maaf Atau Berdepan Tindakan Undang-Undang Kata Peguam Negara

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali pada sidang media
selepas majlis penyampaian sumbangan kepada anggota keluarga dan para pelajar
Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jabatan Peguam Negara hari ini. – Foto: Bernama


PUTRAJAYA – Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata
beliau akan memulakan tindakan undang-undang terhadap  Raja Petra Kamarudin jika penulis blog itu
enggan memohon maaf berhubung satu artikel mengenai dakwaan rasuah.
Walaupun tidak menetapkan tempoh masa untuk penulis blog itu
meminta maaf, Mohamed Apandi berkata beliau tidak akan memberi masa yang lama
kepada Raja Petra untuk berbuat demikian memandangkan isyarat dan ingatan sudah
disampaikan melalui media.
“Jika tiada permohonan maaf daripadanya, saya pasti akan
saman dia. Bagaimana dia boleh cemarkan nama saya? Saya tidak kenal pun dia.
Ini reputasi saya,” katanya pada sidang media di Pejabat Peguam Negara, di sini
hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Terdahulu beliau menyampaikan sumbangan wang tunai kepada
waris 23 mangsa yang terkorban dalam kebakaran Darul Quran Ittifaqiyah di ibu
negara pada 14 September lalu.
Pada 22 Oktober lepas, Mohamed Apandi membuat laporan polis
terhadap  Raja Petra atas dakwaan jenayah
fitnah.
Raja Petra memuat naik dua artikel yang mendakwa Mohamed
Apandi terlibat dalam aktiviti berkaitan rasuah. Dua artikel terbabit yang
bertajuk  ‘Strong Rumours Surrounding the
AG: Part 1 and Part 2’ diterbitkan menerusi blognya Malaysia Today pada 20 dan
21 Oktober lepas.
Mengulas perkembangan lain, Mohamed Apandi berkata pindaan
terhadap  Seksyen 39B Akta Dadah
Berbahaya 1952 akan dibentangkan di Dewan Rakyat  tidak lama lagi.
Apabila ditanya bila akta baharu itu akan berkuat kuasa, beliau
berkata: “Dalam masa terdekat.”
Katanya beliau memberi taklimat kepada Kabinet mengenai
pindaan itu selepas hakim menyatakan yang mereka terpaksa menjatuhkan hukuman
mati terhadap tertuduh memandangkan tiada hukuman lain yang diperuntukkan.
“Saya berbincang dengan kerajaan untuk menjadikan
undang-undang (itu) lebih fleksibel. Ini akan membolehkan hakim mengenakan
hukuman yang lebih sesuai berdasarkan budi bicara mereka.
“Kami sedang menggubal undang-undang yang membenarkan budi
bicara hakim. Kami mahu mengenal pasti siapa yang patut digantung sampai mati
dan siapa yang tidak.
“Ada kes keldai dadah, mereka lakukannya demi wang. Mereka
tidak tahu apa yang mereka bawa, justeru mereka mungkin dimasukkan dalam
kategori yang tidak akan dijatuhi hukuman mati manakala pengedah dadah memang
layak dikenakan hukuman mati,” katanya. – Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel