Connect with us

Berita Lain

Muhyiddin: Najib Tak Patut Sebut ‘Kepala Bapak Kau’ Sebagai PM

Muhyiddin menyifatkan ucapan Najib ‘kepala bapak
kau’ tidak sepatutnya keluar dari mulut Perdana Menteri. – Foto: FMT
KUALA LUMPUR 6 Nov – Perdana Menteri Najib Razak
sudah tidak dapat lagi mengawal perasaan disebabkan “situasi dan keadaannya”
sehingga mengeluarkan ungkapan kesat “kepala bapak kau”, kata Tan Sri Muhyiddin
Yassin.
Bekas Timbalan Perdana Menteri Umno yang kini
menjadi Presiden Bersatu, Muhyiddin berkata, ucapan Najib itu “amat memalukan”
dan “celupar” keluar dari mulut seorang perdana menteri.
“Mungkin kerana situasi dan keadaan yang beliau
hadapi tidak lagi dapat dia mengawal perasaan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Iya, mungkin ada perbezaan politik tapi janganlah
sampai menjatuhkan maruah dan harga diri seseorang,” kata ahli Parlimen Pagoh
itu dalam rakaman video yang disiarkan melalui akaun Facebook rasminya lapor
portal The Malaysian Insight.


Muhyiddin mengulas ucapan Najib semalam yang menggunakan
perkataan “kepala bapak kau” sebagai menjawab kritikan bekas perdana menteri,
Dr Mahathir Mohamad terhadapnya.
Najib berkata demikian ketika mengulas hasrat Pakatan
Harapan pimpinan Dr Mahathir yang mahu mengkaji semula semua perjanjian projek
antara Malaysia dan China, sekiranya menang pilihan raya umum akan datang
nanti.
“Mereka mengancam untuk mengubah segala-galanya, kononnya
(Malaysia) menjual kedaulatan. Apa? Kepala bapak kau! Tak logik,” katanya
dengan bersemangat di depan ribuan perwakilan yang memenuhi dewan persidangan
di Ibu Pejabat MCA di Kuala Lumpur.
Menurut Najib, perjanjian kerjasama serta hubungan ekonomi
Malaysia dengan China bukan bermakna kedaulatan negara tergadai.

Bagaimanapun, Najib kemudian meminta maaf kerana menggunakan
“bahasa kasar” dalam ucapannya.
Menurut Muhyiddin, kenyataan Najib itu pasti akan
menimbulkan kemarahan rakyat terutamanya apabila perdana menteri menyentuh
tentang Dr Mahathir.
“Soal yang berbangkit rakyat tanya di mana harga diri? Di
mana jati diri? Lebih-lebih lagi bila dia menyebut perkataan yang pada saya
cukup kesat, maki hamun.
“Ini sesuatu yang biadaplah. Cukup teruk. Jadi amat
memalukan seluruh rakyat Malaysia.

Advertisement
“Tapi kalau kita fikir balik, apa yang boleh kita harapkan
lagi daripada Datuk Seri Najib ni,” katanya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel