Connect with us

Berita Lain

Nadzmi Adhwa Mengaku Dia Adalah Pelakon Yang Ditahan



PELAKON Nadzmi Adhwa mengakui dia adalah pelakon yang
ditahan polis akibat kesalahan dadah di Jalan Bukit Setiawangsa, Taman
Setiawangsa, Kuala Lumpur, awal pagi Jumaat lalu.

Nadzmi, 25, dalam satu kenyataan melalui syarikat
pengurusannya, Mindorder Sdn Bhd mendakwa, dia terperangkap sehingga ditahan
kerana terlalu mempercayai rakan baik.
“Selepas ditahan, baru saya tahu rakan saya itu sudah
lama dalam pemerhatian polis atas kesalahan memiliki ganja. Nasib tidak
menyebelahi saya kerana turut ada bersama ketika polis menahannya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kesilapan saya kerana terlalu mempercayai rakan dan
terpengaruh. Pengalaman ditahan polis memberi banyak pengajaran kepada saya
supaya lebih berhati-hati dalam memilih kawan,” katanya.
Nadzmi berkata, dia yakin tidak bersalah dalam perkara ini
dan sudah pun dibebaskan tidak sampai 24 jam selepas ditahan, lapor my Metro lagi.
“Saya memohon maaf atas kesilapan yang dilakukan dan
tidak mahu mengulangi kesilapan sama lagi,” katanya.
Harian Metro hari ini melaporkan pelakon drama Hati
Perempuan itu ditahan bersama rakan dan adiknya ketika menaiki kereta jenis
Honda Jazz.
Mereka ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah
Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju berhampiran sebuah stesen
minyak selepas curiga dengan tindak-tanduk mereka.

Hasil pemeriksaan di dalam kereta dinaiki, polis menemui
satu tin berisi daun ganja dan ganja mampat disembunyikan di tempat duduk
belakang pemandu.

Turut ditemui botol lut sinar yang diubah suai dipercayai
alatan dapur untuk menghisap ganja.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel