Connect with us

Berita Lain

Najib Adakan Pertemuan Tertutup UMNO/BN Kedah


ALOR SETAR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun
Razak mengadakan pertemuan tertutup dengan Badan Perhubungan UMNO serta
pemimpin Barisan Nasional (BN) Kedah di sebuah hotel terkemuka di sini, malam
ini.
Pertemuan itu, yang bermula pada 9 malam berakhir kira-kira
sejam kemudian, turut dihadiri Menteri Besar Kedah yang juga Pengerusi BN
negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.
Turut menghadiri pertemuan itu ialah Anggota Dewan
Undangan Negeri (ADUN), ketua-ketua UMNO Bahagian, pemimpin parti komponen BN
dan sayap parti.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Bagaimanapun tiada kenyataan dikeluarkan sehingga
kini mengenai pertemuan itu.
Terdahulu Najib yang juga Pengerusi BN menghadiri
majlis makan malam bersama lebih 200 pimpinan UMNO dan BN negeri di hotel sama.

Pertemuan tersebut merupakan program terakhir Najib
di Kedah dalam rangka lawatan kerja seharinya, sebelum berangkat pulang ke ibu
negara.
Pagi tadi beliau menghadiri jadual yang padat
dengan bersarapan dengan penduduk kampung di Kampung Seberang Kota, Kuala Kedah
dan melawat pasar nelayan di kampung berkenaan yang merupakan antara jeti
pendaratan hasil laut paling terkenal di negeri ini.
Perdana Menteri kemudiannya mengadakan pertemuan
tertutup dengan barisan kepimpinan negeri di Wisma Darul Aman dan menghadiri
perhimpunan penjawat awam di Stadium Sultan Abdul Halim di Suka Menanti sebelum
melawat loji rawatan air Syarikat Air Darul Aman di Pokok Sena.
Najib turut melawat rumah seorang penoreh getah,
Mansor Salleh, 60, di Kampung Belukar, Pokok Sena sebelum menghadiri program
bersama rakyat bagi menyampaikan bantuan musim tengkujuh kepada pekebun kecil
di Dataran Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda). – BERNAMA

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel