Connect with us

Berita Lain

Najib Rakan Dipercayai Dan Diberi Perhatian Trump


PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
adalah rakan yang boleh dipercayai Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump
dan merupakan rakan diberikan perhatian penting termasuk dalam isu-isu
diketengahkan Malaysia.
Itu kesimpulan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman yang
melihat dan menilai keselesaan dan penghargaan Presiden Trump terhadap Najib
terutama ketika menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN dan sidang kemuncak berkaitan
di Manila, Filipina baru-baru ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Berkongsi pengalaman penyertaannya itu dalam taklimat media
pasca Sidang Kemuncak ASEAN ke-31 di sini, Anifah berkata pada sesi dialog
ASEAN-AS sempena sidang itu, Trump memuji Najib atas peranan cemerlang yang
dimainkan oleh Malaysia sebagai negara penyelaras hubungan dialog ASEAN-AS.
Trump turut membuat penegasan di hadapan pemimpin yang hadir
mengenai persahabatannya dengan Najib yang telah terjalin sebelum beliau
menyandang jawatan Presiden AS, katanya.
“Perdana Menteri Najib adalah kawan baik saya, sahabat baik
saya. Kami telah lama kenal sebelum saya menjadi Presiden ketika saya berada di
dalam dunia perniagaan.
“Dalam kehidupan, anda tidak akan tahu di mana
kesudahannya,” kata Trump, yang menurut Anifah diungkapkan pada awal sesi
dialog itu sambil melihat wajah-wajah pemimpin ASEAN.
Anifah menyifatkan kenyataan Trump bahawa Najib adalah kawan
baiknya merupakan satu penghargaan kerana Presiden AS itu adalah seorang yang
“lokek” dengan perkataan yang memuji pemimpin-pemimpin dan negara.
“Tapi dia (Trump) memilih Malaysia, dia kata Datuk Seri
Najib adalah kawan baik saya,” katanya.
“Ini bukan kata-kata yang mudah dikeluarkan Trump, dari segi
bahasa gerak geri, dia juga ikhlas,” katanya.


Anifah yang mengikuti rapat gaya Trump sejak berkempen
sebagai Presiden AS mendapati beliau seorang yang tidak berselindung dan terus
terang dalam kata-katanya seperti slogan kempennya “Make America Great Again“.
Menurut Anifah, Trump dengan berpandukan slogan berkenaan
dalam penyertaan pertamanya pada dialog ASEAN-AS itu telah menyatakan komitmen
tentang kepentingan ASEAN dan menghargai hubungan dialog ASEAN-AS serta turut
menggalakkan untuk kerjasama yang saling menguntungkan kedua-dua belah pihak.
Presiden Trump, menurut Anifah, telah menyeru kepada amalan
perdagangan yang bebas dan adil bagi menyelaraskan jurang imbangan perdagangan
antara ASEAN dan AS.
Anifah berkata Najib mempunyai kualiti yang menyebabkan
Trump menghargainya dan mempercayainya.
Anifah berpendapat sikap konsisten yang dipamerkan Malaysia
dalam pelbagai isu dan pendirian seperti Rohingya dan Laut China Selatan
menyebabkan Trump menghargai Najib sebagai rakan pemimpin yang boleh dipercayai.
Selain itu, katanya, walaupun Malaysia rapat dengan China
namun ia tidak berkompromi dalam isu-isu yang melibatkan kedaulatan negara.
Menurut Anifah, Trump mendengar dengan tekun apabila Najib
membentangkan isu-isu.
“Sekiranya Datuk Seri Najib tidak menarik perhatian Trump
berhubung isu-isu nasional, serantau dan antarabangsa, saya tidak fikir Trump
akan memberi perhatian kepadanya,” katanya.
Beliau berkata ia sudah semestinya di atas penilaian Trump
sendiri terhadap Najib bahawa ia adalah berbaloi untuk mempunyai rakan di
bahagian rantau ini dan seorang rakan “yang anda boleh percaya”.
Anifah berkata persahabatan yang terjalin antara Najib dan
Trump sebelum ini antara faktor yang memungkinkan Najib dijemput ke White House
selepas beberapa bulan Trump menjadi presiden.
Berkongsi pengalaman penglibatannya dalam mengatur pertemuan
Najib dan Trump, Anifah berkata beliau mengemukakan surat cadangan pertemuan
dua pemimpin itu untuk membincangkan isu-isu utama kepada Setiausaha Negara AS,
Rex Tillerson pada Mei tahun ini.
“Tak payahlah kita bayar konsultan. Kita tidak pernah
mengambil perunding atau membayar sesiapa pun,” katanya, sambil menambah beliau
dimaklumkan ketika mengemukakan surat berkenaan bahawa pertemuan Najib dan
Trump akan menjadi senarai keutamaan.
Pertemuan Najib dan Trump di White House berlangsung pada 12
September lepas.
“Mei hingga September ialah empat bulan. Sekiranya Datuk
Seri Najib tidak kenal Trump, adakah kemungkinan boleh adakan pertemuan dua
hala dalam masa empat bulan,” kata Anifah.

Anifah berkata perancangan menjemput Presiden Trump ke
Malaysia mungkin akan dibuat selepas pilihan raya umum ke-14 nanti. – BERNAMA

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel