Connect with us

Berita Lain

Pandikar Cabar Shafie: “Kita Tengok Siapa Bodoh Nanti”


KUALA LUMPUR- Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini mencabar
Presiden Parti Warisan Datuk Seri Shafie Apdal berbahas secara terbuka tentang
sejarah penubuhan Malaysia dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Cabaran itu susulan kenyataan Ahli Parlimen Semporna itu
bahawa mereka yang mengatakan status Sabah dan Sarawak sama seperti negeri di
Semenanjung adalah “bodoh”.
“Hampir tersembur keluar kopi dari mulut saya apabila
terbaca kenyataan Shafie mengenai perkara tersebut.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Dalam hal ini, saya tidak perlu mengulangi balik pendirian
saya berhubung dengan sejarah penubuhan Malaysia dan MA63,” katanya dalam satu
kenyataan, hari ini.
Menurut Speaker Dewan Rakyat itu, beliau telah pun mencabar
pemimpin pembangkang di Sabah itu untuk berbahas secara terbuka tentang isu ini
supaya rakyat negeri itu dapat menilai siapa yang memutarbelitkan fakta sejarah
semata-mata untuk menimbulkan kemarahan rakyat negeri di bawah bayu itu.
“Kali ini saya mencabar Presiden Parti Warisan itu berbahas
dengan saya secara terbuka tentang tafsiran sejarah penubuhan Malaysia dan
MA63, supaya rakyat Sabah dapat menilai siapa sebenarnya yang bodoh,” ujar
Pandikar.
Dengan menyebut Bab 2 Kalusa 10 Laporan IGC yang dilampirkan
dalam Artikel 8 Perjanjian Malaysia 1963 yang menyatakan bahawa bekas tanah
jajahan British Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak sama dengan negeri-negeri
Melayu Semenanjung, Pandikar sebelum ini membuat kenyataan bahawa Sabah sama
taraf dengan negeri-negeri lain di Malaysia.
Bagaimanapun, Shafie dalam ceramah di Keningau kelmarin
mendakwa individu yang mengatakan Sabah adalah sama dengan mana-mana negara
lain adalah” bodoh”.
Dakwa Shafie lagi, Pandikar sebagai seorang rakyat Sabah
tidak boleh mengatakan bahawa Sabah adalah sama seperti negeri-negeri lain
seperti Perlis, misalnya.
“Sebelum buat kenyataan sedemikian Datuk Shafie perlu
memahami sistem Federalisme.
“Adakah kenyataan Shafie ini satu penghinaan kepada seluruh
rakyat Perlis?” tanya Pandikar, secara sinis. 

– MYNEWSHUB.CC

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel