Connect with us

Berita Lain

Parlimen: Kerajaan Timbang BR1M Tambahan Jika Pendapatan Daripada Minyak Meningkat


KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mempertimbangkan pemberian
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tambahan sekiranya peningkatan harga minyak
memberikan pendapatan tambahan kepada kerajaan, kata Menteri Kewangan Kedua,
Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Katanya, pemberian BR1M tambahan itu adalah bagi meringankan
beban masyarakat berpendapatan rendah berikutan peningkatan harga minyak.
“Kerajaan ambil maklum peningkatan harga minyak ini dan
kalau peningkatan ini menyebabkan kerajaan dapat lebihan pendapatan yang boleh
kita sumbangkan kepada masyarakat berpendapatan rendah seperti penerima BR1M,
kemungkinan besar kita boleh mempertimbangkan BR1M tambahan,” katanya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Beliau berkata demikian sewaktu menggulung Rang
Undang-Undang Perbekalan 2018 peringkat jawatankuasa Kementerian Kewangan di
Dewan Rakyat hari ini.
Menteri itu menjawab soalan Datuk Seri Ahmad Hamzah
(BN-Jasin) berkenaan pertambahan hasil kerajaan berikutan peningkatan harga
minyak.
Bagaimanapun, katanya, pemberian BR1M tambahan berkenaan
adalah bersifat tidak kekal.
Menurutnya, bagi peningkatan setiap dolar US bagi satu tong
harga minyak mentah dunia, kerajaan akan mendapat pendapatan tambahan kira-kira
RM300 juta.
Menjawab soalan Nga Kor Ming (DAP-Taiping) berkaitan impak
sistem apungan harga minyak, Johari berkata, sejak diperkenalkan, impak sistem
berkenaan kepada pengguna hanya berjumlah satu sen.
“Sejak kita apungkan, ada 12 kali turun dengan jumlah
74 sen dan 19 kali naik berjumlah 75 sen. Jumlah impak keseluruhan satu
sen,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Menjawab soalan Oscar Ling Chai Yew (DAP-Sibu) dan Ong Kian
Ming (DAP-Serdang) berkaitan wang tidak dituntut, Johari berkata, sejak 1977
sehingga September lepas, jumlah wang tidak dituntut yang direkodkan ialah
RM9.06 bilion.
Daripada jumlah berkenaan, katanya, RM1.64 bilion telah
dibayar balik kepada pemilik dan RM1.46 bilion dipindahkan ke Akaun Hasil
Disatukan.
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel