Connect with us

Berita Lain

PAS Ingatkan Amiruddin Soal Baiah



Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Anak Bukit
Datuk Amiruddin Hamzah diingatkan tentang baiah oleh kepimpinan PAS, sebaik
selepas beliau mengumumkan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)
dari PAS, hari ini.

Ingatan itu disampaikan Timbalan Presiden PAS Datuk
Tuan Ibrahim Tuan Man.
Mengulas penghijrahan Amiruddin itu, Tuan Ibrahim
berkata beliau terkejut dengan perkara itu kerana Amiruddin seorang yang mudah
dibawa berbincang dan tidak bermasalah dalam parti.
“Secara peribadi saya terkejut dengan tindakan
beliau…(tetapi) PAS menghormati keputusannya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Namun beliau masih mempunyai beberapa
tanggungjawab dalam baiah yang beliau lafazkan,” katanya ketika dihubungi
Malaysiakini.
Wakil rakyat PAS, sama ada di peringkat DUN mahupun
Parlimen, dikatakan perlu membuat baiah yang perkahwinan mereka akan jatuh
talak jika mereka meninggalkan PAS.
Amiruddin dalam sidang media bersama Timbalan
Presiden BERSATU Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan pimpinan BERSATU Kedah petang
tadi mengumumkan penyertaannya ke parti itu secara rasmi.


Berbeza pula dengan Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah
Muhammad Sanusi Md Nor yang menganggap perkembangan itu bukanlah suatu yang
mengejutkan.
“Dia tidak menjadi berita lagi kepada PAS. Dia
dah lama tidak bersama PAS, malah terang-terang menganjurkan aktiviti bersama
Pakatan Harapan (HARAPAN).
“Kita doa (agar) dia dapat lepasi baiah yang
dilafaznya dalam pilihan raya sebelum ini di akhirat kelak,” katanya
ketika dihubungi.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Segelintir pihak dalam PAS sememangnya melihat
Amiruddin sebagai golongan dalam parti yang cenderung kepada HARAPAN, malah
menghadiri konvensyen tahunan Parti Amanah Negara (AMANAH) di Kedah baru-baru
ini.
Selain ADUN Anak Bukit, Amiruddin juga ketua
pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.

Advertisement
Beliau merupakan pengganti Allahyarham Datuk Fadzil
Noor di DUN itu, selepas menang dalam pilihan raya kecil 2002 susulan kematian
bekas presiden PAS itu.

– Malaysiakini

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel