Connect with us

Berita Lain

PDRM Nafi Khidmat UTK Untuk Dr Mahathir Ditarik Balik


Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menafikan Polis Diraja Malaysia
(PDRM) menarik balik anggota Unit Tindakan Khas (UTK) yang menjadi pengiring
peribadi Tun Dr Mahathir Mohamad seperti yang tular di media sosial akhir-akhir
ini.
Menurut Ketua Polis Negara hak keistimewaan pada Dr Mahathir
masih kekal namun beberapa anggota pengiring peribadi daripada anggota biasa
diarahkan kembali bertugas dengan PDRM.
“Itu tidak benar sama sekali. Pengiring peribadi daripada
pegawai UTK masih berkhidmat dengan Dr Mahathir.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Hanya anggota biasa sahaja kita panggil kembali untuk
tugasan lain, itu hanyalah prosedur biasa,” katanya seperti dilaporkan Mingguan
Malaysia.
Khamis lalu Dr Mahathir melalui Facebooknya memaklumkan
khidmat pengiring peribadi daripada UTK telah ditarik balik.
“Genap setahun yang lalu, Kak Fauziah dan pembantu
rumah di pejabat dipindahkan dan ditamatkan kontrak oleh kerajaan.
“Hari ini (Khamis lalu), khidmat pengiring UTK pula
ditarik balik, perjuangan tetap diteruskan,” kata Dr Mahathir.
Sebelum ini, pada Mei 2016, polis pengiring Dr Mahathir
telah ditarik balik.
Ketika itu, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu
Bakar menjelaskan tindakan itu terpaksa diambil susulan penglibatan Dr Mahathir
dalam perhimpunan BERSIH dan antikerajaan.

– Malaysiakini

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel