Connect with us

Berita Lain

Pejabat MB Jawab Mat Taib Kenapa BN Kalah Di Selangor


Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib
hari ini membangkitkan soalan yang membingungkannya mengenai mengapa Umno dan
BN kalah dalam Pilihan Raya Umum 2008.
Sedangkan katanya, negeri itu mempunyai pelabuhan, lapangan
terbang, Putrajaya dan LRT serta membawa pelbagai pembangunan di bawah
pentadbiran BN, lapor Malaysiakini.
Malam ini, pejabat Datuk Seri Azmin Ali memberikan
jawapannya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Merujuk Muhammad sebagai “ahli politik yang dikitar
semula”, pengarah komunikasi strategik Pejabat Menteri Besar, Yin Shao
Loong mendakwa bahawa jawapannya sudah diketahui umum.
“Menjelang bulan Mac 2008, Umno dan BN menjadi tidak
relevan, bahkan tidak menyenangkan kepada pengundi di Selangor kerana orang
ramai sudah muak dengan rasuah beberapa dekad, pembaziran dan salah urus,”
katanya.
Yin berkata rakyat Selangor bukan tidak mengenang budi
terhadap kemudahan jalan raya, infrastruktur, bekalan air dan bekalan elektrik.
“Mereka bimbang bahawa kemudahan asas ini perlu melalui
kontrak kepada kroni yang berkaitan dengan politik.


“Mereka bimbang bahawa ahli-ahli politik yang
meluluskan projek-projek ini boleh berebut-rebut masuk dan keluar negara dengan
membawa beg pakaian yang disumbat dengan wang,” katanya.

Kenyataaan itu jelas merujuk terhadap penahanan Muhammad di
lapangan terbang Brisbane kerana membawa matawang Singapura, Malaysia dan New
Zealand bernilai AS $ 1 juta pada 1987.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel