Connect with us

Berita Lain

Pekerja Pembersihan Buntu Apabila Sudah Tiga Bulan Tidak Dibayar Gaji


TIGA puluh lima pekerja pembersihan di lima sekolah di Kuala
Kedah, Alor Setar mendakwa tidak dibayar gaji oleh majikan sejak tiga bulan
lalu hingga menyukarkan mereka untuk menyara kehidupan harian. 
Mereka mendakwa tertekan apabila gagal menghubungi majikan
untuk mendapatkan penjelasan dan berasa teraniaya dengan apa yang berlaku.
Wakil pekerja terbabit, Shahrom Yahya, 45, berkata, dia
sudah 13 tahun terbabit dalam bidang itu, namun baru tiga tahun bekerja dengan
syarikat yang mengambil alih kontrak di sekolah berkenaan.
Pada mulanya, pembayaran gaji mereka tidak bermasalah, namun
sejak kebelakangan ini gaji yang dibayar tidak menentu dan ada pekerja menerima
gaji antara RM300 hingga RM500 sebulan sedangkan mereka sepatutnya menerima
bayaran RM900 sebulan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Keadaan lebih tertekan apabila kami tidak dibayar gaji
sejak Ogos lalu hingga sekarang, malah batang hidung majikan pun tak pernah
nampak. 
Sepatutnya majikan bayar RM2,700 untuk tiga bulan
tunggakan tetapi langsung tidak dibayar menyebabkan kami buntu memikirkan
masalah kewangan ini.”
“Kami sudah menyuarakan perkara itu kepada pihak
sekolah yang kemudian dipanjangkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
sebelum dinasihatkan supaya melaporkan perkara itu kepada Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan membuat laporan polis,” katanya
ketika ditemui di Kuala Kedah, hari ini.
Shahrom berkata, walaupun dibelenggu masalah kewangan,
mereka terpaksa meneruskan tugas dan bekerja di sekolah masing-masing kerana
tidak mahu hilang mata pencarian. 
Katanya, pendapatan suaminya yang bekerja dengan syarikat
pembersihan tidak cukup memandangkan anak mereka masih bersekolah dan seorang
lagi masih menuntut di institusi pengajian tinggi.
“Kami juga sudah membuat laporan ke Jabatan Tenaga
Kerja Kota Setar untuk memaklumkan perkara itu dan berharap tindakan segera
dapat diambil supaya majikan dapat menjelaskan gaji kami yang tertunggak,”
katanya.
Ahmad Taib, 56, pula berkata, caruman Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja (KWSP) juga tidak dibayar penuh, malah majikan hanya berjanji menaikkan
gaji pekerja RM100 setiap seorang namun tidak mengotakannya.
Kali terakhir dia menerima gaji pada Ogos lalu sebanyak
RM300 dan baki RM600 lagi tidak dibayar sehingga hari ini.
“Sebelum ini hanya ejen yang datang menghantar wang
pada kami secara tunai dan slip gaji hanya diberi pada hujung bulan. 
Kami rasa dianiaya dan berharap ia dapat diselesaikan
segera kerana kami perlu menjelaskan hutang tertunggak pada bank selain bil air
dan elektrik setiap bulan.
“Saya terpaksa meneruskan kerja ini walaupun mempunyai
masalah kencing manis kerana perlu berulang-alik ke hospital untuk mendapatkan
rawatan,”katanya.
Sementara itu, Penolong Pengarah Tenaga Kerja Kanan, Jabatan
Tenaga Kerja Kedah, Iskandar Jassa berkata, pihaknya sudah menerima laporan
daripada pekerja terbabit sejak Julai lalu dan dalam proses mengesan majikan
berkenaan. 
Beliau berkata, sebelum ini mereka berusaha mencari individu
terbabit melalui alamat rumah yang diperoleh, namun gagal mengesannya.
“Kami berharap majikan tampil berurusan dengan kami
bagi menyelesaikan masalah ini dan setakat ini tidak mendapat kerjasama
walaupun pihak kami menghantar surat kepada majikan terbabit. 
Dalam kes ini, ia seperti menganiaya pekerja
pembersihan terbabit kerana mereka tidak dibayar gaji dan kes boleh disiasat
mengikut Seksyen 19 Akta Kerja 1955 dan sabit kesalahan boleh didenda maksimum
RM10,000 setiap pekerja.
“Majikan yang lambat membayar gaji pekerja lebih
daripada seminggu selepas tempoh sebulan boleh dikenakan tindakan kerana
melanggar undang-undang bagi seksyen di atas,” katanya.
Iskandar berkata, setakat ini pihaknya sudah membuka lapan
fail siasatan berhubung kes itu yang turut disiasat mengikut Akta Majlis
Perundangan Gaji Negara.

– Harian Metro

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel