Connect with us

Berita Lain

Pelakon Ditahan Selepas Dadah Ditemui Dalam Kereta


KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang pelakon dan pengacara
selepas satu tin berisi dadah jenis ganja ditemui dalam keretanya di Jalan
Bukit Setiawangsa, di sini, Jumaat lalu.
Ketika diperiksa pada jam 1.30 pagi itu, suspek berusia 25
tahun berada dalam kereta jenis Honda Jazz di sebuah stesen minyak bersama
seorang rakan berusia 25 tahun dan adik lelakinya yang berusia 21 tahun.
Menurut sumber, anggota polis yang menjalankan pemeriksaan
terhadap suspek dan keretanya kemudian menjumpai satu tin aluminium di bawah
kerusi pemandu yang berisi satu peket plastik lutsinar yang disyaki mengandungi
ketulan ganja mampat seberat 5.97 gram.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Turut ditemui adalah satu botol plastik yang diubahsuai
dipercayai peralatan untuk menghisap dadah jenis ganja.
“Suspek bersama adik dan rakannya ditahan dan ujian
saringan air kencing kemudian mendapati suspek positif dadah jenis THC (Tetra
Hydrocannibol),” katanya.
Pemeriksaan terhadap ketiga-tiga individu yang ditahan
mendapati tiada rekod jenayah lampau.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim mengesahkan kes
itu.

– BH Online

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel