Connect with us

Berita Lain

‘Pemimpin Bodek, Kenapa Masa Tun M Dulu Tak Tegur?’



KUALA ROMPIN – “Orang politik semua ada agenda, yang
tiada agenda hanya orang biasa seperti nelayan, pergi ke laut untuk cari
ikan.”

Demikian luah seorang vateran Umno, Abdul Khalid Mohamad,
60, yang tidak menggemari dengan perbuatan sesetengah pemimpin Umno masa kini
yang mengutuk atau mendedahkan keburukan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir
Mohamad.
Tegasnya, sewaktu tokoh negarawan itu menjadi perdana
menteri, tiada pula yang mahu menegur seperti yang dilakukan sekarang.
Menurutnya yang berasal dari Kampung Salang, Pulau Tioman,
untuk menjadi pemimpin tidak kira apa parti biar ikhlas, tegur jika ada yang
buruk manakala beri pujian sekiranya ia baik.
Katanya, sekarang pun sama semua senyap apabila ada
kesalahan atau kekurangan dilakukan pemimpin namun yang berbezanya rakyat masa
kini sudah pandai berfikir serta menilai.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya cakap yang benar, kenapa sekarang baru nak sibuk
tegur dia (Mahathir), kenapa dulu tidak? Inilah bukti masing-masing pun ada
agenda.
“Sepatutnya masa dia berkuasa pemimpin lain tegur dan
ketika itu boleh betulkan keadaan, kalau sekarang maknanya selama ini mereka
hanya membodek, kerja tak ikhlas,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian,
hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai
satu laporan sebuah portal
Dalam laporan itu, Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Hasan
Arifin mendakwa, Mahathir sengaja membiarkan Umno diharamkan selepas beliau
hampir kalah dengan Tengku Razaleigh Hamzah sewaktu pemilihan kepimpinan parti
itu pada tahun 1988.
Hasan yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira
Wang Negara (PAC) turut mendedahkan tindakan Mahathir itu bagi mengelakkan
pemilihan semula jawatan Presiden Umno di antara beliau dan Tengku Razaleigh,
yang mana beliau hanya menang tipis sebanyak 43 undi melebihi Tengku Razaleigh.
Perkara itu sanggup dilakukan oleh Mahathir menurut Hassan
adalah kerana kesetiaan beliau terhadap Umno hanyalah selama mana parti itu
boleh dipergunakan untuk menjayakan agenda politik peribadi beliau.

Hasan dilaporkan berkata demikian ketika dijemput sebagai
panelis Program Siri Jelajah Penerangan Perjuangan 4All di Shah Alam, malam
tadi.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel