Connect with us

Berita Lain

Penerbit TV Nafi Rompak, Cabul Dua Individu Termasuk Datin


SHAH ALAM – Seorang penerbit bebas sebuah program di stesen
televisyen tempatan didakwa di mahkamah atas tiga pertuduhan merompak dan
mencabul dua individu termasuk seorang datin, bulan lalu.
Mohammad Ferdaus Mashud didakwa merompak dan dengan sengaja
mendatangkan kecederaan terhadap mangsa, 44, di Surau Al Ikhlas, Jalan Rabung
U8/36A, Seksyen U8 dekat sini jam 1.40 petang pada 6 Oktober lalu, lapor Sinar Harian.
Dia juga didakwa melakukan kekerasan jenayah dengan maksud
mencabul kehormatan mangsa di tempat, masa dan tarikh yang sama.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Lelaki yang beristeri dua itu turut didakwa merompak beg
tangan milik seorang individu lain bersenjatakan parang panjang di Surau
Raudhah At Muttaqin, Seksyen 4, jam 1.54 petang pada 18 Ogos lalu.
Pendakwaan dikendalikan oleh Nurul Nadia Basri  mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan
Seksyen 392 disebut bersama Seksyen 397 kanun sama.
Prosiding berjalan berasingan di Hakim Mahkamah Sesyen,
Sabri Ismail dan Majistret P Sharulatha.
Mahkamah menetapkan 4 dan 12 Disember untuk sebutan semula
kes.
Pada 25 Oktober lalu, Sinar Harian melaporkan lelaki itu
dicekup polis di rumahnya ketika bersiap-siap untuk melakukan jenayah sama.
Hasil soal siasat mendapati suspek turut terlibat dalam dua
lagi kejadian sekitar Shah Alam bermula Jun lalu.

Kesemua mangsa dianggarkan mengalami kerugian sehingga
RM9,000 membabitkan barangan kemas dan wang tunai.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel