Connect with us

Berita Lain

Peniaga Rekod Sakit Mental Disyaki Bantu Ayah Bunuh Diri


KUANTAN, 15 Nov ― Polis menahan seorang lelaki kerana
dipercayai terlibat membantu ayahnya, seorang warga emas berusia 65 tahun untuk
membunuh diri dalam sebuah bilik hotel, di Genting Highlands pada Khamis lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC Othman Nayan
berkata, mayat mangsa ditemui oleh petugas hotel berkenaan dan melaporkan
kepada polis pada 10.20 pagi hari berkenaan.

“Hasil pemeriksaan di tempat kejadian, mendapati mangsa
dalam keadaan terbaring dan terdapat kesan lilitan di bahagian leher selain
menjumpai seutas tali yang dipercayai digunakan untuk melilit leher mangsa.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Siasatan awal juga, tidak menjumpai sebarang bukti untuk
dikaitkan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan kes telah diklasifikasikan
sebagai SDR (mati mengejut),” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di
sini, semalam.
Namun katanya, siasatan diteruskan disebabkan beberapa
keraguan dengan hasil siasatan lanjut mendapati terdapat individu kedua yang
turut menginap di bilik berkenanaan.
Katanya, individu kedua itu juga yang merupakan anak lelaki
mangsa berusia 35 tahun telah berjaya ditangkap pada Ahad lepas di sekitar
pusat peranginan tersebut.
Othman berkata, hasil soal siasat awal suspek yang bekerja
sebagai peniaga mengaku telah membantu ayah kandungnya untuk membunuh diri.
Katanya, berdasarkan rakaman CCTV dan keterangan pekerja
menunjukkan suspek berada di dalam bilik berkenaan semasa kejadian sebelum
melarikan diri.
Beliau berkata, suspek yang mempunyai rekod sakit mental dan
masih mengambil ubat ditahan reman sehingga Khamis ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 306 Kanun Keseksaan kerana
menyubahati kesalahan membunuh diri jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara
maksimum 10 tahun dan denda. ― Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel