Connect with us

Berita Lain

Pereka ‘Jubah Pahlawan’ Dihadapkan Ke Mahkamah Lagi


SHAH ALAM, 17 Nov –Pereka ‘jubah pahlawan’ yang tular di
laman sosial tahun lepas kerana rekaan jubahnya kelihatan feminin, sekali lagi
dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menipu
seorang jururawat hospital membabitkan kerugian RM50,000, tiga tahun lepas.
Ahmad Syubaili Aziz, 31, yang juga menjalankan perniagaan
nasi lemak, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di
hadapan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Dia didakwa menipu wanita berusia 28 tahun itu dengan
menawarkan pendaftaran perniagaan MLM DCHL daripada Syarikat RZ Corporation
Sdn. Bhd, sehingga mendorong mangsa menyerahkan kad pengeluaran wang automatik
(ATM) Bank Rakyat miliknya yang mengandungi wang berjumlah RM50,000.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan Bank
Rakyat cawangan Sungai Buloh dekat sini, pada 26 Feb 2014 dan dituduh mengikut
Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10
tahun dan dengan sebat dan juga denda, jika sabit kesalahan.
Raja Noor Adilla membenarkan Ahmad Syubaili dibebaskan
dengan jaminan RM4,000 serta seorang penjamin dan menetapkan 29 Nov ini untuk
sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Amira
Haziqah Zulkifli sementara tertuduh diwakili peguam Ellen Cheran.
Pada 27 Okt lepas, Ahmad Syubaili mengaku tidak bersalah di
Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas dua pertuduhan memperdaya dua jururawat
hospital berhubung perniagaan nasi lemak melibatkan kerugian RM84,000.
– BERNAMA

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel