Connect with us

Berita Lain

PM Najib Terima Anugerah Kepimpinan Global Bagi Media Sosial


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib menerima
Anugerah Kepimpinan Global bagi Hubungan Dalam Media Sosial atas pembabitan
aktif beliau dalam media sosial, selepas merasmikan Minggu Media Sosial Malaysia
2017 semalam.
Beliau menerima anugerah itu daripada Pengasas dan Presiden
Malaysia Social Media Chambers Shahul Hameed Shaik Dawood.
Ketika ini, Najib mempunyai 337,000 pengikut di Instagram,
3.8 juta pengikut di Twitter dan 3.3 juta pengikut di Facebook yang menjadikan
beliau antara pengguna nombor satu media sosial bersama-sama 20 juta rakyat
Malaysia yang aktif di platform berkenaan.
Najib mula menggunakan Twitter pada September 2008 semasa
beliau menjadi timbalan perdana menteri dan pada awalnya menyiarkan beberapa
dokumen rasmi beliau dan banyak membuat ulasan berkaitan isu tempatan, semasa
dan antarabangsa.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Perdana menteri turut menggunakan Facebook untuk berhubung
dengan masyarakat Cina dengan mewujudkan laman peminat bahasa Cina dan
menggelar dirinya sebagai ‘Ah Jib Gor’ atau Abang Najib.
Najib menyertai Instagram pada 28 Mac, 2013 dengan catatan;
“Akhirnya saya menyertai Instagram. Cara baik untuk menunjukkan
gambar-gambar di belakang tabir daripada aktiviti harian saya”.
Shahul dalam ucapannya berkata anugerah itu diberikan kepada
perdana menteri bagi mengiktiraf peranannya dalam memacu pembangunan industri
digital di Malaysia menerusi pelbagai inisiatif termasuk dengan kalangan pemain
tempatan dan global.
Pada majlis itu, Najib turut menyampaikan Anugerah Ikon
Media Sosial 2017 kepada pelakon dan pelawak Zizan Razak.
Terdahulu, perdana menteri dalam ucapannya menegaskan
penyebaran berita palsu perlu dipandang serius termasuk di negara ini.
“Kita tidak mahu sesiapa pun membuat keputusan
berdasarkan pembohongan, putar belit dan fitnah,” katanya.
Najib berkata pengamal media sosial perlu adil dan
bertanggungjawab terhadap apa yang mereka tulis dan siarkan dan tahu membezakan
terhadap apa yang mereka baca.
“Jangan percaya bulat-bulat setiap catatan dan tweet.
Terdapat begitu banyak berita palsu di luar sana sehinggakan The Economist
minggu ini malah bertanya sekiranya media sosial satu ancaman kepada
demokrasi,” katanya.
Najib dalam pada itu berkata ekonomi Malaysia yang
mencatatkan pertumbuhan 5.7 peratus pada separuh pertama tahun ini tidak
sepatutnya dipertikaikan oleh netizen.


– Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel