Connect with us

Berita Lain

PPBM Masih Baru, JPPM Setuju Bantu – Muhyiddin

TAN Sri Muhyiddin Yassin semasa sidang media selepas bertemu
dengan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS). – Foto: BH Online

“Disebabkan itu kita minta ‘understanding’ JPPM dan pada
hari ini dalam keadaan yang sama kita akan patuhi segala arahan terutamanya
dari segi perlembagaan parti dan undang-undang daftar pertubuhan,” katanya
kepada pemberita di JPPM hari ini.

Beliau berkata semua pihak berkenaan dalam mesyuarat itu
mengambil kesempatan menjelaskan keadaan dan akhirnya JPPM bersetuju untuk
membantu PBBM menyelesaikan isu berbangkit.

“JPPM bersetuju beri ruang PPBM usulkan cadangan yang sesuai
tentang cara mana dan bagaimana kita nak adakan perhimpunan agung dalam situasi
di mana keadaan kita masih dalam peringkat pembentukan bahagian dan sayap.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Terima kasih kerana JPPM nampaknya telah beri peluang untuk
kita menjelaskan situasi dalam PPBM,” kata Muhyiddin.

Tambahnya lagi, PPBM akan mengusulkan cadangan kepada JPPM
dalam minggu ini.

“Beliau (Surayati) bersetuju beri masa sedikit supaya
cadangan ini kita akan kemukakan kepada beliau dan kita akan duduk bersama
untuk meneliti keadaan yang dianggap sesuai dilaksanakan.

“Kita akan hantar surat tentang macam mana bentuk cadangan
kita akan kemukakan, terutamanya tentang soal bagaimana nak urus mesyuarat
agung dalam keadaan kita baru tertubuh.

“Bahagian belum selesai sampai tempoh setahun apatah lagi
cawangan belum terbentuk, tapi dalam perlembagaan kita fasal tertentu nyatakan
kita perlu laksanakan mesyuarat agung,” kata Muhyiddin lagi.

Muhyiddin sementara itu meminta ahli PPBM bertenang kerana
beliau percaya masalah itu akan dapat diselesaikan.

“Ini perkara positif amat menggalakkan. Tidak ada masalah.
Suasana baik dan kita puas hati,” katanya.

Muhyiddin juga yakin, hasil pertemuan pimpinan PPBM dengan
JPMM hari ini tidak akan mengakibatkan parti itu gagal menggunakan logo mereka
pada Pilihan Raya Umum ke-14.

“Kita harap tak sampai ke tahap itu. Pertemuan tadi nampak
ada persefahaman.
“Status (parti) kita masih kekal, hanya nak laksanakan
peruntukan dalam perlembagaan. Kita baru dan kita nak minta panduan. JPMM faham
situasi kita,” katanya lagi.

Pertemuan kira-kira 1 jam 30 minit itu turut dihadiri
Timbalan Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Setiausaha Agung PPBM
Datuk Shaharuddin Md Salleh. 
Setakat November 2017, PPBM telah berjaya menubuhkan 136
bahagian di seluruh negara.

Suriyati pada Jumaat berkata PPBM yang didaftarkan sebagai
sebuah parti politik pada September tahun lalu, telah melanggar perlembagaannya
sendiri dan Akta Pertubuhan kerana gagal mengadakan mesyuarat agung setahun
selepas penubuhannya.

PPBM katanya perlu menyelesaikan perkara itu secepat mungkin
sekiranya ingin mengambil bahagian dalam pilihan raya umum akan datang.
Isu PPBM dan JPPM bermula selepas 8 bahagian parti itu di
Johor mengadu kepada pihak berkuasa berkenaan bahawa kepimpinan parti itu gagal
mematuhi perlembagaan parti kerana gagal mengadakan mesyuarat agung di
peringkat bahagian dan cawangan.



– FMT

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel