Connect with us

Berita Lain

Rakyat Meluat Anak Mugabe Tayang Kehidupan Mewah


ORANG ramai bersorak di jalanan pada Rabu setelah pemimpin
diktator, Robert Mugabe meletak jawatan sebagai presiden Zimbabwe.

Kebanyakan rakyat Zimbabwe marah kerana bertahun-tahun hidup
dalam kemiskinan dengan pendapatan per kapita negara yang lebih rendah
berbanding Afghanistan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Gaya hidup mewah anak Mugabe juga antara faktor yang
mengundang kemarahan rakyat negara itu.

Foto yang dikongsi termasuklah oleh anak-anak Mugabe
menunjukkan sisi kehidupan mewah mereka.

Robert Jr, 25 dan Chatunga, 21, masing-masing berkongsi foto
kehidupan mewah dengan memaparkan koleksi barangan kemas dan kereta berjenama.


Malah, Robert Jr turut menjadi tajuk utama akhbar apabila
tiba di sebuah kolej di Dubai dengan menaiki kereta Batmobile hitam.

Dia turut memuatnaik foto tersebut untuk tatapan 23,000
pengikut Instagramnya.

Adiknya, Chatunga, dirakam menuang minuman keras berjenama
ke atas jam tangan rolex di sebuah kelab malam semata-mata mahu menunjuk-nunjuk
kehidupan mewahnya.


Namun, pada Rabu, bapa mereka, Mugabe melepaskan jawatan
sebagai presiden negara itu yang disambut dengan sorakan gemuruh seluruh rakyat
Zimbabwe.

Rakyat negara itu dilihat meraikan perletakan jawatan itu
dengan menari dan bersorak di Harare, ibu negara Zimbabwe.

Bukan itu sahaja, peletakan jawatan Mugabe juga diraikan di
Selatan Afrika dan Johannesburg.

Salah seorang anggota parti Zanu PF, Lovemore Matuke
berkata, dia gembira kerana Mugabe melepaskan jawatannya dengan sendiri.
“Ia pasti memalukan jika parti terpaksa
memecatnya,” ujarnya.

– mStar Online

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel