Connect with us

Berita Lain

Restoran Hidang Daging Eksotik Diserbu


TELUPID: Daging musang dan kucing
hutan antara makanan eksotik daripada haiwan dilindungi yang dirampas Jabatan
Hidupan Liar di sebuah restoran di Kampung Wonod, di sini, semalam.
Rampasan membabitkan 27.6 kilogram
(kg) daging haiwan dilindungi itu dilakukan enam anggota Jabatan Hidupan Liar
Sandakan susulan pemeriksaan terhadap restoran berkenaan, jam 1.45 tengah hari.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Pegawai Hidupan Liar Sandakan,
Hussien Muin, berkata rampasan membabitkan 5.4 kg daging rusa, 2.2 kg tulang
rusa, 1.2 kg daging kucing hutan, 2.4 kg daging musang, 2 kg daging babi hutan,
10.2 kg bangkai labi-labi serta 6.6 kg daging labi-labi.
“Susulan rampasan itu, kita
menahan seorang wanita berusia 57 tahun yang juga pemilik restoran bagi
membantu siasatan dan laporan polis mengenainya juga sudah dibuat.
“Wanita itu bagaimanapun
dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari
ini.
Hussien berkata, semua hasil rampasan
dibawa ke stor penguatkuasa Jabatan Hidupan Liar Sandakan di Sepilok untuk
tindakan lanjut.
Beliau juga mengingatkan orang ramai
sentiasa memberi kerjasama agar melaporkan kepada pihaknya sekiranya mendapati
ada restoran menjual daging haiwan dilindungi.
“Kita juga berharap setiap
restoran yang ingin menjual daging haiwan dilindungi agar mendapatkan permit
yang sah daripada Jabatan Hidupan Liar bagi mengelak tindakan mengikut Enakmen
Pemeliharaan Hidupan Liar 1997,” katanya.

 Berita Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel