Connect with us

Berita Lain

ROS Perlu Ambil Tindakan Terhadap Bersatu, Kata Azalina

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman. – Foto: The Star



KOTA TINGGI – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) perlu
mengambil tindakan serius terhadap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)
yang tidak mematuhi ketetapan perlembagaan parti.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina
Othman Said berkata, tindakan itu wajar kerana tidak mahu mana-mana persatuan
atau parti politik melakukan sesuka hati dengan membelakangkan peraturan atau
perlembagaan mereka.
“Kita ada undang-undang dan peraturan, jadi kita kena
ikut undang-undang dan peraturan tersebut. Setiap pertubuhan baharu didaftarkan
di ROS sepatutnya faham elemen peraturan dan perlembagaan undang-undang.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Malulah apabila sebuah parti politik yang mempunyai
ramai pengikut dalam kalangan pengamal undang-undang (peguam) tidak
menasihatkan tentang undang-undang penubuhan parti,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis
penyerahan replika cek kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung
(JKKK), Gabungan Pergerakan Wanita (GPW) dan Pergerakan Belia Dalam Kawasan
Parlimen Pengerang, di sini hari ini.
Azalina berkata, semua pihak boleh untuk mewujudkan
persatuan atau parti politik tetapi tidak mudah untuk mereka patuh dan
mengikuti segala ketetapan dalam perlembagaan mereka.
“Sekadar hendak mewujudkan parti politik semua orang
boleh wujudkan parti politik tapi kalau benda yang mudah macam ini pun mereka
tidak faham, saya tidak yakin mereka boleh memimpin dan menawarkan diri sebagai
pemimpin.
“Bagi saya, kebanyakan dalam parti ini ialah mereka
dalam kategori ‘marahkan nyamuk kelambu dibakar’. Bila tidak dapat, dia
wujudkan atau masuk parti politik baharu,” katanya.
Pada 1 November lalu, lapan bahagian Bersatu Johor
mengemukakan aduan kepada ROS berhubung kegagalan pucuk pimpinan Bersatu
mematuhi ketetapan perlembagaan parti berkenaan.
Semalam 10 lagi bahagian Bersatu Johor membuat aduan kepada
ROS berkaitan kepincangan dalam perlembagaan parti serta tindakan menangguhkan
perhimpunan agung selama enam bulan lagi.
Antara dibangkitkan adalah penggunaan istilah Angkatan
Bersatu Anak Muda (Armada) yang masih belum diluluskan ROS penggunaannya kerana
masih di peringkat permohonan. – Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel